Polisi Inklusif OKU UKM telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.5/2019 untuk dilaksanakan di UKM mengikut kesesuaian, keadaan dan keperluan semasa secara berperingkat. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi. Bagi menjayakan polisi ini, UKM akan memastikan pelaksanaan mengikut perkara berikut:
Mengurus tadbir pelajar, kakitangan dan pelawat OKU pada semua peringkat pentadbiran universiti
Menyediakan akses kepada bangunan, prasarana dan perkhidmatan mudah dicapai oleh pelajar, kakitangan dan pelawat OKU
Membangunkan perkhidmatan sokongan yang menyediakan persekitaran pembelajaran, kerja dan kampus yang inklusif
Mengenal pasti dan menghapuskan diskriminasi terhadap OKU serta melindungi mereka daripada sebarang gangguan dan ancaman
Mewujudkan budaya komuniti kampus yang prihatin terhadap OKU