Program Jati Diri Watan Siri ke – 7 anjuran Jabatan Pendaftar UKM telah selesai dengan jayanya. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka bermula pada 8 November 2024 hingga 10 November 2024.
Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Pensyarah, Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dan Kakitangan Pelaksana. Hari kedua program telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman bersama barisan pengurusan tertinggi UKM menyantuni para peserta dan masyarakat setempat di Masjid Tun Khalil, bersempena program khidmat masyarakat Budi Watan dengan kerjasama YB Datuk Fairul Nizam Roslan, Ahli Dewan Undangan Negeri Asahan merangkap Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Penutup Progam Jati Diri Watan Siri 7 ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftar ini dapat mengukuhkan silaturrahim sesama warga UKM disamping menerapkan nilai jati diri UKM dalam jiwa para peserta.
Tahniah kepada semua peserta dan urusetia pada siri kali ini yang diketuai oleh Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Menjalankan Fungsi Pendaftar. Semoga segala ilmu dan kenangan yang tercipta dapat dimanfaatkan bersama dalam kehidupan mendatang.