Pesta Buku UKM 2023 | 21-24 Oktober 2023 | DECTAR

Pesta Buku UKM (PESBUKM) merupakan pesta buku anjuran Penerbit UKM yang akan diadakan secara tahunan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi lokasi rasmi untuk penganjuran PESBUKM ini.

PESBUKM yang julung kalinya diadakan pada tahun 2023 merupakan wadah buat pencinta buku khasnya masyarakat setempat untuk mendapatkan buku-buku berkualiti terbitan penerbit buku tempatan. Penganjuran PESBUKM ini diharap dapat memupuk tabiat mencintai buku dan budaya membaca pada semua peringkat masyarakat khususnya pada generasi muda.

Selain jualan buku, PESBUKM mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Antara aktiviti yang diadakan adalah pelancaran buku, program bicara buku, forum, ceramah motivasi, cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti yang menarik.

Sasaran pengunjung utama adalah warga UKM yang terdiri daripada 40,000 pelajar dan kakitangan. Selain itu, sasaran pengunjung juga terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa-mahasiswi, institusi pendidikan, tenaga-tenaga mahir, pensyarah dan juga orang awam sekitar serta penduduk Bandar Baru Bangi dan Lembah Klang.