LAWATAN UNIT PENERBITAN, MALAYSIAN PALM OIL BOARD (MPOB) KE PENERBIT UKM

9 Januari 2024 (Selasa) | Bilik Seminar, Penerbit UKM.

10 Januari 2024 – Satu lawatan daripada Unit Penerbitan, Malaysian Palm Oil Board (MPOB) telah diadakan pada 9 Januari 2024. Tujuan delegasi seramai 5 orang pegawai Unit Penerbitan MPOB yang diketuai oleh Ketua Unit Penerbitan, Dr. Anita Taib ialah bagi mempelajari sistem pengurusan jurnal di bawah Penerbit UKM.

Lawatan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Penerbit UKM, Dr. Normah Mustaffa dan taklimat telah diberi oleh pemangku Ketua Unit Jurnal, En. Arif Mohd. Sham. Antara hasil perbincangan adalah berkaitan proses kerja pengurusan jurnal serta perkongsian pengalaman dan khidmat nasihat daripada kedua organisasi.

Selain itu, beberapa perkara lain turut dibincangkan dan dikongsi bersama, antaranya berkenaan proses penerbitan buku dan pemasaran serta cara mempromosikan bahan terbitan di bawah Penerbit UKM. Selesai sahaja perbincangan, para delegasi Unit Penerbitan MPOB dibawa melawat ke Kedai Buku Penerbit UKM untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kluster buku terbitan Penerbit UKM.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dalam menambah baik pengurusan penerbitan di samping membangunkan penerbitan ilmiah yang bermutu tinggi.