Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Pesta Buku Antarabanga Kuala Lumpur (PBAKL) 2024

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024, 24 Mei – 2 Jun 2024 | Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Oleh Puan Zafirah Filza Zakaria
Foto Penerbit UKM

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2024 – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 telah berlangsung pada 24 Mei hingga 2 Jun 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Tahun ini juga terdapat peningkatan permintaan buku-buku ilmiah terutamanya dalam golongan muda.

Penerbit UKM juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara tahunan ini sebagai pempamer di bawah Majlis Penerbian Ilmiah Malaysia (MAPIM). Pelbagai koleksi buku terkini dari pelbagai bidang ilmu dipamerkan di reruai MAPIM yang terletak di Dewan Tun Razak 4.

Sepanjang PBAKL berlangsung, MAPIM membuka slot Republika Merah sebagai platform untuk aktiviti perbukuan seperti temu bual, wacana, forum, bedah buku dan lain-lain aktiviti untuk mempromosikan buku terbitan masing-masing. Penerbit UKM mengambil peluang ini dan mengadakan dua (2) slot bicara buku. Selain itu, Penerbit UKM juga berpeluang menempah dua (2) slot di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur untuk aktiviti perbukuan bagi tujuan promosi.

PBAKL 2024 dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2024. YAB Perdana Menteri turut mengumumkan inisiatif baucar buku untuk murid sekolah, penuntut institusi pendidikan tinggi dan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

PBAKL 2024 melabuhkan tirainya pada 2 Jun 2024 selepas 10 hari berlangsung dengan lebih daripada 1.8 pengunjung.

Reruai Penerbit UKM sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 dan Lawatan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ke reruai Penerbit UKM.

Program Bicara Buku di Pentas Utama Pusat Dagangan Kuala Lumpur dan Program Bicara Buku dalam slot Republika Merah di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).