Oleh Puan Hajah Rohana Tan
Foto Penerbit UKM
BEIJING, 23 Jun 2024 – Penerbit UKM telah mendapat jemputan khas bersama penerbit-penerbit terpilih mewakili Malaysia ke Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2024 (BIBF) yang telah berlangsung pada 19 – 23 Jun 2024 bertempat di Beijing, China. Penglibatan Malaysia dalam program kerjasama strategik ini disusun di bawah payung Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Perbadanan Kota Buku, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penerbit UKM telah diwakili oleh Prof. Dr Normah Mustaffa, Pengarah dan Puan Rohana Tan, Ketua Pentadbiran Penerbit UKM.
BIBF yang bermula pada tahun 1986 merupakan forum pertemuan dan medan kemuncak perniagaan kedua terbesar antara pedagang hak cipta dengan penerbit dari seluruh dunia selepas Pesta Buku Frankfurt. Ia merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap bulan Jun dengan penglibatan 2600 peserta dari lebih 100 negara seluruh dunia selain menerima kehadiran ribuan pedagang hak cipta yang berdaftar hadir untuk membuat perolehan judul khususnya dari Asia. Antara penglibatan Penerbit UKM dalam program kali ini adalah seperti berikut:
Impak penyertaan dalam BIBF 2024 oleh Penerbit UKM untuk memasarkan karya, memperoleh karya-karya hebat dan membina jaringan niaga ke peringkat antarabangsa khususnya negara China yang kini menjadi kuasa besar dunia. Diharap program ini dapat mengangkat terbitan universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Hasil penyertaan sudah pasti mengambil masa dan memerlukan kesinambungan dan penyertaan yang konsisten serta sokongan padu dari semua peringkat.
Perasmian Pavilion Malaysia dan Katalog 50 Best Malaysian Rights for International Rights oleh YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
Sesi perundingan penjualan hak cipta karya penerbit universiti di Malaysian Pavilion BIBF 2024.
Sesi Lawatan ke China Higher Education Press (HEP) pada 22 Jun 2024.