KELEWATAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA TAK ALIH ORANG ISLAM DI MALAYSIA
MYR45.00
ISBN 978-629-486-193-0
Book Details
Author/Editor: Bibi Nur Adila Zulkafli & Md. Yazid Ahmad
Pages: 134
Year of Publication: 2024
Description:
Karya ini secara keseluruhannya membicarakan tentang tuntutan harta tak alih pusaka orang Islam di Malaysia. Perbincangan berdasarkan perspektif syarak dan undang-undang ini dibahaskan dalam lima bab yang terkandung dalam buku ini. Karya ini juga turut membincangkan tentang konsep taqadum dalam pengurusan asset pusaka orang Islam, prosedur pengurusan dan pentadbiran aset pusaka dibeberapa agensi terlibat, punca dan kekangan kelewatan dalam pengurusan aset pusaka, realiti kelewatan pengurusan aset pusaka orang islam di beberapa agensi terlibat dan penyelesaian terhadap kelewatan pengurusan dan pembahagian aset pusaka orang Islam. Menariknya buku ini memberi pendedahan terperinci dan jelas kepada pembaca dan masyarakat berkaitan senario kelewatan pengurusan pusaka di beberapa agensi. Antara agensi yang terlibat dalam pengurusan aset pusaka tak alih orang Islam ialah Mahkamah Syariah, Unit Pembahagian Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil. Akhir sekali, rumusan terhadap perbincangan isu-isu ini disediakan oleh penulis berasaskan syariah dan undang-undang dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam negara.
This work comprehensively discusses the claims of immovable estate assets of Muslims in Malaysia. The discussion, based on both Shariah and legal perspectives, is divided into five chapters within this book. The work also delves into the concept of taqadum in the management of Muslim estate assets, the procedures for managing and administering estate assets across several involved agencies, the causes and constraints of delays in estate asset management, the reality of delays in managing Muslim estate assets in several agencies, and solutions to address delays in the management and distribution of Muslim estate assets. Notably, this book provides detailed and clear insights to readers and the public regarding the scenarios of delays in estate management across various agencies. Among the agencies involved in the management of immovable estate assets of Muslims are the Syariah Court, the Small Estate Distribution Unit, and the Civil High Court. Finally, the author offers a conclusion to the discussion of these issues, grounded in Shariah and legal principles, while considering developments within the country.
![]() | ![]() |