Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

TAKLIMAT PENILAIAN JURNAL ILMIAH MALAYSIA (MyCITE) TAHUN 2024

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sebagaimana YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Jabatan Pendidikan Tinggi telah membuka permohonan MyCite bagi Tahun 2024 bermula 2 Mei hingga 31 Julai 2024. Pelawaan ini dibuka kepada semua jurnal yang diterbitkan di Malaysia.

3. Sehubungan itu, satu sesi taklimat mengenai Penilaian Jurnal Ilmiah Malaysia (MyCite) Tahun 2024 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 28 Mei 2024 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Platform : Google Meet ; pautan: meet.google.com/zvi-hnpg-jjs

Sesi ini bertujuan untuk menerangkan secara menyeluruh mengenai kriteria utama penilaian, seterusnya

menggalakkan penyertaan jurnal-jurnal ilmiah Malaysia untuk diindekskan di dalam MyCite.

4. Sekiranya YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan memerlukan maklumat lanjut berhubung

perkara ini, sila hubungi kami di talian 03-8870 6314 atau e-mel kepada mcc@mohe.gov.my.

5. Segala perhatian dan Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PERMOHONAN PENILAIAN JURNAL ILMIAH MALAYSIA (MyCite) TAHUN 2024

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mempelawa ahli-ahli akademik/ pelajar/ Institusi/ Agensi Kerajaan/ Penerbit yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan Penilaian Jurnal Ilmiah Malaysia (MyCite) Tahun 2024.

 

Permohonan penilaian MyCite Tahun 2024 mula dibuka mulai 2 Mei hingga 31 Julai 2024. 

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

a) Terbuka kepada ahli-ahli akademik/ pelajar/ Institusi/ Agensi Kerajaan/ Penerbit di Malaysia;

b) Jurnal yang dinilai  mestilah telah berdaftar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun  di portal MyJurnal dan penerbitan 3 tahun terkini (2021, 2022 dan 2023);

c) Hanya ditawarkan kepada jurnal yang belum berstatus MyCite sahaja; dan

c) Laman web jurnal yang didaftarkan di MyJurnal (profil dan penerbitan artikel) telah dikemaskini.

 

Sila muat turun borang https://drive.google.com/drive/folders/1BLdnZ1eJhkpk7Z8gXpreg1uhzUo4VkmQ?usp=drive_link untuk melengkapkan permohonan.

 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 

 

myjurnal@mohe.gov.my atau mcc@mohe.gov.my

03-8870 6134