Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Soalan Lazim Dana Penerbitan Buku (DPB)

Dalam usaha menyebarluaskan ilmu dan hasil penyelidikan daripada staf akademik/ penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU) Bil. 6/2020 pada 17 Mac 2020 telah meluluskan agihan peruntukan Dana Universiti Penyelidikan untuk pembiayaan penerbitan karya dalam bentuk buku penyelidikan melalui Dana Penerbitan Buku (DPB).

  • DPB dibuka kepada semua kakitangan akademik aktif UKM (berdasarkan glosari MyRA). Pengarang yang akan bersara pada tahun semasa tidak dibenarkan membuat permohonan.
  • Pemohon yang mempunyai geran penyelidikan tidak digalakkan membuat permohonan.
  • Pemohon tidak boleh menghantar lebih daripada satu permohonan dalam tahun yang sama.

Manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit UKM mestilah lengkap mengikut gaya Penerbit UKM.  Sekiranya manuskrip tidak mencapai ketetapan minimum yang ditetapkan, maka permohonan tidak akan diproses.

  • Manuskrip yang diserahkan mestilah mengandungi minimum empat bab dan sekurang-kurangnya 30,000 patah perkataan (tidak termasuk bahagian rujukan)
  • Bagi permohonan melibatkan tesis ke buku, manuskrip hendaklah dirombak ke bentuk buku mengikut gaya Penerbit UKM (rujuk Panduan Penyediaan Manuskrip Buku dan Jurnal Penerbit UKM Edisi Ke-2).
  • Penulisan hanya dibenarkan dalam salah satu bahasa sahaja: bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
  • Jumlah pengarang bagi setiap manuskrip tidak boleh melebihi tiga (3) orang.
  •  

Bagi permohonan melibatkan karya asli/suntingan, manuskrip hendaklah dinilai terlebih dahulu oleh pakar bidang. Penilaian hendaklah diuruskan dan dibiayai oleh PTj masing-masing. Laporan penilaian hendaklah dikemukakan bersama permohonan. Borang Penilaian Manuskrip Penerbit UKM boleh dimuat turun dari laman sesawang Penerbit UKM.

Bagi permohonan melibatkan karya yang berasal dari tesis, surat keputusan senat dan laporan pemeriksa tesis hendaklah dikemukakan bersama permohonan. Bagi tesis selain dari UKM, surat kebenaran untuk penerbitan juga perlu disertakan.

Pemohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara rasmi menerusi e-mel. Senarai penerima DPB juga akan dipaparkan di laman sesawang Penerbit UKM.

Sekiranya tiada jawapan diterima selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Penerima perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran menerusi Borang Setuju Terima DPB (pautan akan dikongsikan oleh pihak Urus Setia) dan mengemukakan Surat Kebenaran Penggunaan DPB bagi tujuan perolehan penerbitan buku.

Bagi mendapatkan maklum balas berkenaan manuskrip, penerima perlu berhubung dengan Pegawai Penerbitan masing-masing (rujuk surat Kelulusan DPB) untuk tujuan penerbitan buku. Manuskrip yang telah ditambah baik perlu diemelkan kepada Pegawai Penerbitan berkenaan untuk proses selanjutnya.

Jumlah dana adalah berbeza-beza mengikut bentuk terbitan: sama ada diterbitkan dalam bentuk bercetak atau dalam bentuk digital (eBuku). Jumlah peruntukan yang diterima diputuskan oleh Jawatankuasa Penilaian DPB.

Walaubagaimanapun, bagi penerima dana penerbitan digital yang ingin menerbitkan buku secara bercetak, penerima boleh menambah peruntukan menggunakan dana sendiri.

Permohonan DPB yang berjaya perlu diterbitkan pada tahun semasa. Jangka masa penerbitan adalah enam bulan dari tarikh penerimaan tawaran geran.

Sekiranya, penerima gagal menerbitkan buku dalam tempoh yang ditetapkan, pemberian DPB akan ditarik sebaik sahaja tarikh kelulusan DPB berakhir dan penerima perlu menggunakan dana sendiri untuk penerbitan buku.

Boleh, pihak kami mengalu-alukan penerbitan menggunakan geran penyelidikan pengarang, peruntukan fakulti atau dana penaja. Dana tersebut boleh dipindahkan ke akaun Penerbit UKM setelah manuskrip diluluskan untuk penerbitan. Sila berhubung dengan Pegawai Penerbitan masing-masing untuk maklumat lanjut.