FAQ Perkhidmatan

Bantuan & Sokongan

BAGAIMANA KAMI DAPAT MEMBANTU ANDA?

TEKNOLOGI PENGAJARAN

1. Apakah UKMFolio TM ?
UKMFolio TM merupakan pelantar rasmi e-Pembelajaran di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Pelantar ini digunakan bermula pada tahun 2021 untuk pembelajaran tidak
segerak (asynchronous) dan peperiksaan dalam talian bagi meningkatkan pedagogi dan
ekologi pembelajaran yang mampan.


2. Bagaimana untuk akses UKMFolio TM ?
UKMFolio TM boleh diakses oleh warga UKM melalui pautan https://ukmfolio.ukm.my/my/


3. Bagaimana cara untuk dapatkan bantuan teknikal UKMFolio TM ?
Bantuan teknikal boleh diperoleh melalui pautan https://ukmfolio.ukm.my/my/, seperti
berikut:
   i. Panduan umum kepada pensyarah: Pilih tab Kursus > Jom Mulakan – Pensyarah;
   ii. Panduan umum kepada pelajar: Pilih tab Kursus > Jom Mulakan – Pelajar;
   iii. Panduan mengenai teknikal: Pilih tab Soalan Lazim (FAQ); atau
   iv. Memaklumkan aduan teknikal kepada ‘helpdesk’ UKMFolio TM : Pilih tab Aduan >>
UKMFOLIO >> lengkapkan Borang Maklum Balas UKMFolio TM dan hubungi
‘helpdesk’ melalui Aplikasi Telegram (https://t.me/+ilXbJRwaTJ82MmRl).


Pihak ‘helpdesk’ akan memberikan maklum balas dan bantuan teknikal dengan kadar
segera/ selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja [Menggunakan kaedah
First-in dan First out (FIFO)].

1. Apakah UKM MOOC ?
UKM MOOC (UKM Massive Open Online Courses) ialah sistem yang dibangunkan
untuk penawaran kursus kepada pelajar UKM dan pengguna awam.


2. Bagaimana untuk akses UKM MOOC?
UKM MOOC boleh diakses oleh kakitangan UKM, pelajar UKM dan pengguna awam
melalui pautan https://mooc.ukm.my/. Bagi pengguna awam, mereka perlu membuat
pendaftaran akaun terlebih dahulu.


3. Bagaimana cara untuk dapatkan bantuan teknikal UKM MOOC?
Bantuan teknikal boleh diperoleh melalui pautan https://mooc.ukm.my/, seperti berikut:
   i) Panduan umum kepada pensyarah: Pilih tab Mula > Mulakan MOOC;
   ii) Panduan umum kepada pelajar: Pilih tab Mula > Mulakan MOOC; atau
   iii) Memaklumkan aduan teknikal kepada ‘helpdesk’ UKM MOOC: Pilih tab Hubungi
Kami > ‘Helpdesk UKM MOOC’ >> lengkapkan Borang Helpdesk UKM MOOC dan
hubungi ‘helpdesk’ melalui Aplikasi WhatsApp atau e-mel kepada
mooc@ukm.edu.my


Pihak ‘helpdesk’ akan memberikan maklum balas dan bantuan teknikal dengan kadar
segera/ selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja [Menggunakan kaedah
First-in dan First out (FIFO)].

KECEMERLANGAN DAN KUALITI PENGAJARAN

Adakah dokumen yang boleh dirujuk mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran di UKM?  

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) UKM (Semakan 2023) yang telah diluluskan Mesyuarat Senat ke-503 pada 13 Disember 2023.

 

Di mana saya boleh mendapatkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) UKM?

Dasar PdP UKM (Semakan 2023) boleh dicapai di Laman Web Pengajaran-UKM.

 

Pautan Dasar PdP UKM (Semakan 2023):

https://www.ukm.my/pengajaran/kecemerlangan/ 

 

Apakah Sistem Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Versi 2 (SPPPv2)?

SPPP v2 adalah sistem yang dibangunkan untuk menilai pengajaran pensyarah secara menyeluruh (360 darjah) dari sudut pelajar, kendiri, dan sesama rakan pensyarah melalui Penilai Dalam Bidang (PDB) dan Penilai Luar Bidang (PLB). Asas kepada sistem ini adalah bertujuan untuk menambah baik kaedah pengajaran pensyarah.  

 

Adakah Sistem Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran (SPPP) masih diteruskan?

Ya. SPPP masih diteruskan dan akan diserap ke dalam SPPPv2 iaitu di bahagian Penilaian Pelajar.

 

Apakah tujuan rancangan Jejak Pendidik?

Program Jejak Pendidik adalah sebuah program temubual bersama para pendidik, atau bekas pendidik di UKM, mahupun pendidik di luar UKM yang tersohor, agar pandangan, falsafah dan sejarah mereka boleh dijadikan panduan pada semua, terutamanya kepada pendidik muda di UKM bagi meningkatkan kecemerlangan mereka di masa hadapan.

 

Di mana saya boleh akses rancangan Jejak Pendidik?

Jejak Pendidik boleh diakses melalui YouTube Jejak Pendidik dan juga secara podcast di Spotify Jejak Pendidik.

Pautan YouTube:

https://www.youtube.com/@JejakPendidikUKM

 

Pautan Spotify:

 

 

 

Apakah anugerah yang dikendalikan oleh Pengajaran-UKM?

Anugerah Bitara Pengajaran, Anugerah Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI), dan Anugerah Akademik Negara (AAN).

 

Jika saya ingin menyertai mana-mana anugerah tersebut, siapakah yang perlu saya hubungi?

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah, boleh menghubungi urus setia seperti berikut:

 

Prof. Dr. Ismail Mohd Saiboon

ismailms@ukm.edu.my

03-8921 5969

 

Cik Alya Nabihah Idris

alya.idris@ukm.edu.my

03-8921 3600

 

Pn. Nor Faridawati Bahari

watie@ukm.edu.my

03-8921 5969

 

 

PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai kNovasi yang lepas?  

Bagi mendapatkan maklumat, statistik atau senarai pemenang kNovasi yang lepas bolehlah hubungi knovasi@ukm.edu.my

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kNovasi?

Boleh layari laman web http://www.ukm.my/knovasi

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar artikel ke jurnal AJTLHE?

Sila layari https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/

Di mana saya boleh dapatkan maklumat lengkap mengenai AJTLHE?

Boleh layari laman web https://www.ukm.my/ajtlhe/

Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan maklumat berkenaan makmal maya?

Boleh hubungi Penolong Pendaftar Kanan, Encik Muhammad Fahmi Mike Abdullah di alamat mike@ukm.edu.my

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui lebih lanjut mengenai
UKMFolioPdT?

Sila layari https://ukmfolio.ukm.my/mod/glossary/view.php?id=41613

 

PEMBANGUNAN KURIKULUM

PROGRAM SIJIL PROFESIONAL

1. Apakah yang dimaksudkan dengan program Sijil Profesional?  

Program sijil profesional merupakan program pendidikan bukan formal (non-formal
education) berbentuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang
memberi nilai tambah dalam meningkatkan tahap profesionalisme individu dalam
bidang tertentu.


Program ini berbeza dengan Sijil Kemahiran Tahap 1-3 MQF yang ditawarkan
secara formal oleh Institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Ianya juga berbeza
dengan Sijil Profesional yang ditawarkan oleh badan profesional.
Program sijil profesional tidak perlu diakreditasi oleh badan profesional. Namun, PTj
boleh menawarkan sijil profesional dengan kerjasama badan profesional.

 

2. Adakah terdapat garis panduan untuk membantu PTj membuat permohonan
penawaran program sijil profesional?

Rujuk Garis Panduan Program Sijil Profesional Versi 2 (Tahun 2022) yang telah
diluluskan Mesyuarat Senat ke-491 bertarikh 26 Oktober 2022.

 

3. Bagaimana prosedur untuk memohon penawaran program sijil profesional?

i) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan
Penawaran Program Sijil Profesional.


ii) Borang terkini boleh dicapai melalui Sistem Pengurusan Dokumen UKM
& Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum.


iii) Permohonan perlu disemak dan disahkan oleh Penolong Dekan (Pengajaran &
Citra) fakulti/ Timbalan Pengarah Institut dari aspek jaminan kualiti dan
diperaku oleh Mesyuarat PTj.


iv) Dokumen permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada Timbalan
Pengarah (Pembangunan Kurikulum) secara salinan lembut melalui e-mel
(tppk@ukm.edu.my) dan satu (1) salinan keras (dicetak depan belakang) dan
dicantumkan dengan kemas dan teratur menggunakan klip kertas.


v) Borang permohonan lengkap sahaja yang akan diproses.

 

4. Adakah PTj perlu mendapatkan kelulusan Senat terlebih dahulu sebelum
menawarkan program?

PTj perlu mengemukakan permohonan yang telah mendapat perakuan kecukupan
dokumen oleh Pengajaran-UKM kepada urus setia Mesyuarat Jawatankuasa
Perancangan dan Perkembangan Akademik (JPPA) untuk kelulusan/ perlu
dikemukakan. PTj boleh menawarkan program selepas mendapat kelulusan JPPA.
Program Sijil Profesional tidak memerlukan kelulusan Senat, walaubagaimanapun
ianya akan dibawa ke Mesyuarat Senat untuk pemakluman.

 

5. Adakah program sijil profesional perlu melalui proses akreditasi?

Tidak perlu.

 

6. Bolehkah Sijil Profesional dibangunkan berasaskan program sarjana sedia ada?

Boleh, tetapi pelajar tidak boleh dianugerahkan dua (2) kelayakan/sijil untuk kursus
yang sama. Dengan itu, jika program sijil profesional dibangunkan berasaskan
kepada program sedia ada, pasaran sasarannya adalah bukan pelajar sedia ada.
Sekiranya PTj berhasrat untuk menawarkan program sijil profesional kepada pelajar
program sedia ada, maka sijil profesioal stand alone adalah lebih sesuai.

 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kursus micro-credential?  

Jawapan:
Kursus micro-credential adalah istilah yang merangkumi pelbagai bentuk pensijilan
termasuk nano-degrees, micro-masters, credentials, certificates, badges, licences
dan endorsements. Kursus micro-credential memberikan fokus kepada modul
pembelajaran berskala kecil yang membolehkan pelajar melengkapkan
pembelajaran dalam jangka masa lebih pendek berbanding secara konvensional.
Kursus micro-credential tidak hanya merupakan pengiktirafan modul pembelajaran
kecil tetapi membentuk sebahagian dari ekosistem pentauliahan program akademik.
Modul kursus micro-credential boleh dibangunkan berdasarkan kepada:

(i) sebahagian atau keseluruhan kurikulum program akademik sedia ada;
(ii) kursus jangka pendek sedia ada;
(iii) program sijil profesional;
(iv) permintaan semasa industri.

 

Adakah terdapat garis panduan yang boleh dirujuk untuk membantu PTj membuat
permohonan penawaran Kursus Micro-credential?

Rujuk Garis Panduan Micro-credential UKM (Pindaan Tahun 2023) yang diluluskan
Mesyuarat Senat UKM ke-502 pada 25 Oktober 2023.

 

Siapa yang boleh memohon untuk penawaran kursus micro-credential?

Semua staf akademik UKM. Permohonan perlu melalui PTj masing-masing.

 

Bagaimana prosedur memohon kursus micro-credential?

i) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Penawaran Kursus Micro-credential berdasarkan kategori yang dipilih sama ada berasaskan mandiri (stand-alone) atau program sedia ada.
ii) Borang terkini boleh dicapai melalui Sistem Pengurusan Dokumen UKM & Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum.
iii) Permohonan perlu disemak dan disahkan oleh Penolong Dekan (Pengajaran & Citra) fakulti/ Timbalan Pengarah Institut dari aspek jaminan kualiti dan diperaku oleh Mesyuarat PTj.
iv) Dokumen permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada Timbalan Pengarah (Pembangunan Kurikulum) secara salinan lembut melalui e-mel (tppk@ukm.edu.my) dan satu (1) salinan keras (dicetak depan belakang) dan dicantumkan dengan kemas dan teratur menggunakan klip kertas.
v) Borang permohonan lengkap sahaja yang akan diproses.

 

Adakah permohonan kursus micro-credential perlu dikemukakan kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik (JPPA) atau Mesyuarat
Senat?

Permohonan yang diperaku kecukupan dokumen oleh Pengajaran-UKM perlu
dihantar kepada urus setia JPPA/Senat untuk perakuan/kelulusan, tertakluk kepada
kategori penawaran MC iaitu seperti berikut:

KATEGORI PENAWARAN

MESYUARAT JPPA MESYUARAT SENAT

Mandiri (Stand-alone) Kelulusan Pemakluman
Program Sedia Ada Perakuan Kelulusan