Pemantauan, semakan dan penilaian yang berterusan serta menyeluruh ke atas program akademik perlu dilaksanakan agar kandungan program akademik yang ditawarkan kekal relevan dan seiring dengan perkembangan semasa.
Prosedur permohonan Semakan Kurikulum boleh dirujuk Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Arahan Kerja Penyediaan, Pengesahan, Kelulusan dan Pelaksanaan Program Pengajian Baharu UKM-SPKPPP-PT(PdP)01-AK01.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada semakan kurikulum. Rujuk surat makluman MQA Bil. 4/2018 – Perubahan Maklumat Program.
· KPT - https://www.mohe.gov.my/
· UKM - https://www.ukm.my/portalukm/
· MQA - https://www.mqa.gov.my/
· Kualiti-UKM - https://www.ukm.my/ukmq/
· AKADEMIK UKM - https://www.ukm.my/akademik/