Kursus

  • Kursus bermaksud sesuatu mata pelajaran yang ditawarkan di dalam syarat program pengajian. Penyediaan kursus baharu dan semakan kursus akan dibuat oleh Fakulti/Institut/Pusat, disemak dan diperaku oleh Pengajaran-UKM dan boleh ditawarkan selepas mendapat kelulusan JPPA/Senat seperti mana dalam Arahan Kerja Penyediaan, Pengesahan dan Kelulusan Kursus Baharu/Semakan Kursus UKM-SPKPPP-PT(PdP)01-AK03.

Terdapat empat (4) taraf kursus di UKM, seperti mana diluluskan Mesyuarat Senat ke-498 pada 21 Jun 2023 iaitu seperti di bawah:

1.Kursus Wajib Universiti iaitu kursus umum yang ditetapkan oleh universiti yang wajib diikuti oleh setiap pelajar iaitu:

  • Kursus Citra Wajib.
  • Kursus Citra Rentas Ilmu (C1 hingga C6).

 

2.Kursus Teras iaitu kursus teras disiplin yang wajib diikuti oleh pelajar.

 

3.Kursus Elektif iaitu kursus lain yang boleh dipilih oleh pelajar iaitu:

  • i.Elektif Bidang: Kursus yang menggambarkan bidang pengajian.
  • ii.Elektif Bebas: Kursus yang diluar bidang pengajian.

 

4. Kursus Audit iaitu kursus yang diambil semata-mata untuk menambah pengetahuan, dan prestasinya tidak diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan untuk keperluan pengijazahan.