Task Force Transformasi Program Akademik Universiti Awam telah mengenal pasti 14
kriteria kurikulum berpacukan revolusi perindustrian 4.0 mengikut keutamaan
berdasarkan kepentingan industri dan telah dimurnikan dengan membangunkan
Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Curriculum Framework).
Kerangka ini bersifat boleh lentur dan organik (fluid and organic) bagi melahirkan graduan yang adaptif terhadap keperluan masa hadapan seiring dengan cabaran abad ke-21. Universiti Awam (UA) tidak tertakluk bagi memenuhi semua elemen yang dinyatakan dalam kerangka ini.
Program akademik yang memenuhi sekurang-kurangnya satu (1) daripada elemen atau
sub-elemen dalam kerangka ini adalah dianggap sebagai program akademik yang
mempunyai elemen kurikulum tersedia masa hadapan. Kerangka ini merupakan panduan
asas yang boleh dirujuk oleh UA dalam membangunkan program akademik yang hendak
ditawarkan.
Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan terdiri daripada 3 elemen utama iaitu:
Elemen 1: Struktur Kurikulum Boleh Lentur dan Organik (Fluid and Organic Curriculum Structure)
Elemen 2: Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran Transformatif (Transformative Teaching and Learning Delivery)
Elemen 3: Pentaksiran Alternatif (Alternative Assessment)
Elemen dan sub elemen ini boleh dijadikan rujukan kepada Fakulti/Institut untuk membuat penilaian kendiri ke atas program akademik dari semasa ke semasa bagi memastikan program akademik masih relevan dan berdaya saing di pasaran. Fakulti/Institut juga disarankan supaya sentiasa membuat penambahbaikan terhadap program akademik dengan mengambil kira perkembangan semasa, keperluan industri, teknologi dan sebagainya.
· KPT - https://www.mohe.gov.my/
· UKM - https://www.ukm.my/portalukm/
· MQA - https://www.mqa.gov.my/
· Kualiti-UKM - https://www.ukm.my/ukmq/
· AKADEMIK UKM - https://www.ukm.my/akademik/