PENGAJARAN DALAM TALIAN
Pengajaran dalam talian di UKM boleh dilakukan secara segerak dan tidak segerak. UKMFolio adalah pelantar yang boleh digunakan untuk pengajaran tidak segerak (asynchronous teaching) dan Microsoft Teams boleh digunakan untuk pengajaran segerak (synchronous teaching).
Siri Webinar Pengajaran-UKM
Ikuti siri webinar Pengajaran-UKM yang dimoderasi oleh Prof. Madya Dr. Raihanah dalam isu dan perkongsian terkini serta amalan terbaik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dalam talian
PENGAJARAN TIDAK SEGERAK
Pengajaran dalam talian tidak segerak melalui UKMFolio memberikan pelajar akses kepada bahan, aktiviti dan tugasan pembelajaran secara tidak segerak. pelajar boleh mengakses UKMFolio di mana sahaja, pada bila-bila masa "anwhere, anytime"!
Fitur Asas
Jom mulakan Pembangunan Kursus di UKMFolio dengan fitur asas
Pembangunan Bahan
Dapatkan "tips" pembangunan bahan
digital & muat naik di UKMFolio
PENGAJARAN SEGERAK
Pengajaran dalam talian segerak melalui Microsoft Teams memberikan pelajar akses kepada kuliah dan aktiviti pembelajaran dalam talian. Pensyarah boleh mengadakan sesi pengajaran dengan sidang video dan berinteraksi dengan pelajar secara segerak. Perbincangan dalam kumpulan secara segerak juga dapat dilakukan bagi membolehkan pelajar melaksanakan tugasan berkumpulan dalam talian.
Pendaftaran Office 356
Pastikan mendaftar dahulu akaun Microsoft Office 365 untuk mengakses Microsoft Teams
Pengajaran Segerak Microsoft Teams
Dapatkan "tips" pengajaran dalam talian segerak dengan Microsoft Teams
Pengenalan Kursus
Pengenalan UKMFolio untuk pensyarah dan lebih banyak tips