Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

KARNIVAL AKADEMIK SMK BANGSAR

BANGSAR, 30 Julai 2024 - Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar telah menjemput Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) untuk membuka reruai sewaktu Karnival Akademik berlangsung. Karnival ini berlangsung pada 30 Julai 2024 bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang

Dimaklumkan bahawa karnival ini diadakan adalah untuk memperkukuh dan memperkasakan prestasi akademik, pendigitalan dan kokurikulum dalam kalangan pelajar. Selain itu, karnival ini mempunyai objektif untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi latihan kemahiran, institusi pengajian tinggi dan sektor swasta di Malaysia.

Antara agensi yang terlibat ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Tabung Haji, Institusi Pengajian MARA, Kolej Komuniti dan Maybank. Pihak PERKASA berbesar hati dengan jemputan ini dan mengambil peluang untuk meningkatkan keterlihatan Program PERMATA Remaja dengan melaksanakan aktiviti jualan button badge dan agihan brownies secara percuma.

Adalah menjadi harapan pihak PERKASA agar pelajar SMK Bangsar yang berkelayakan dapat menyertai Program PERMATA Remaja kerana terdapat pelbagai kelas kemahiran yang disediakan di samping aktiviti yang bertujuan memperkasa remaja berisiko.

Justeru, pihak PERKASA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Bangsar kerana sudi menjemput dan memberi peluang bagi membuka reruai PERMATA Remaja di Karnival Akademik SMK Bangsar.