Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

LAWATAN BAHAGIAN PERMATA, KPM KE PAMERAN FOTO PERMATA REMAJA x KAYWON UNIVERSITY OF ART & DESIGN, KOREA SELATAN

BANGI, 13 Ogos 2024 - Terima kasih diucapkan kepada Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kunjungan ke Pameran Foto PERMATA Remaja X Kaywon University of Art & Design, Korea Selatan di Persada Canselori UKM. PERMATA Remaja sangat berbesar hati menerima kunjungan YBrs. Dr. Normas Awang selaku Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA KPM.

Pameran foto ini merupakan inisiatif Program PERMATA Remaja berkesinambungan dengan lawatan sambil belajar dan perkongsian pintar bersama peserta kelas fotografi PERMATA Remaja di Kaywon University Art & Design, Korea Selatan pada November 2023. Foto-foto yang dipamerkan sepanjang lima hari pameran ini berlangsung merupakan hasil sentuhan, kreativiti dan inspirasi remaja-remaja dari kelas kemahiran fotografi program PERMATA Remaja dan pelajar-pelajar Seni Fotografi dari Arts Academic Discipline, Kaywon University of Art & Design.

Mereka menghasilkan momen-momen indah melalui jiwa dan kesemuanya memiliki makna yang tersendiri. Sebanyak 114 buah foto pelbagai tema telah dipamerkan di sini di mana 85 buah foto dari peserta PERMATA Remaja dan 29 buah foto dari pelajar Kaywon University of Art & Design. Pihak Kaywon University of Art & Design juga akan melaksanakan pameran foto yang serupa di kampus mereka tanggal November 2024 kelak.

Hadir sama Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub, Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni), FSSK, Prof. Dr. Sity Daud dan Ketua Pentadbiran FSSK, Puan Najwa Ahmad Zawawi.