Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.
Cyberjaya, 25 September 2019- Bahagian pengurusan dan tenaga pengajar program GENIUS Remaja telah menghadiri bengkel Social Enterpreneurship Masterclass yang bertempat di Malaysian Global Innoviation and Creativity Centre (MaGIC). Keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat. Oleh itu, bengkel ini bertepatan dengan misi pihak GENIUS Remaja iaitu melahirkan usahawan sosial di masa hadapan. Tambahan pula, pihak GENIUS Remaja mementingkan pencapaian dan impak misi sosial berbanding keuntungan dan kekayaan. Oleh itu, pendedahan menerusi bengkel ini amat diperlukan untuk memberikan pemahaman kepada pihak pengurusan dan tenaga pengajar agar ilmu tentang keusahawanan sosial dapat disampaikan dengan baik dan lancar kepada remaja-remaja di bawah Program Komuniti GENIUS Remaja. Bengkel ini telah berlangsung pada hari Rabu, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Peserta-peserta yang menyertai bengkel ini mempunyai pelbagai latar belakang syarikat yang ingin mengetahui tentang keusahawanan sosial. Dapat dilihat daripada penyertaan peserta bahawa masyarakat sudah cakna dan ambil berat tentang kepentingan keusahawanan sosial dalam menjamin kelangsungan ekonomi.