Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERMATA REMAJA

Kemeriahan Syawal yang diraikan di Dewan Persatuan Penduduk, PPR Seri Pantai yang berlangsung pada 5 Mei 2024 bersempena Majlis Sambutan Hari Raya PERMATA Remaja diserikan dengan pakaian tradisional setiap kaum seperti Melayu dan India.

Pelbagai juadah lauk yang disediakan untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri ini. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah pihak pengurusan PERKASA, tenaga pengajar serta peserta-peserta PERMATA Remaja. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan wakil pengurusan PERKASA, Encik Mohd Fairul Hisham seterusnya bacaan doa makan oleh Wan Shahidan Wan Azmi sebelum sesi menjamah makanan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang hadir dan semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah dan perpaduan antara kita.