Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

News @ PERMATA Remaja

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

Outdoor Fotografi Siri II

Kuala Lumpur, Julai 2020 –  Menara Kuala Lumpur telah mengadakan kempen “WE ARE FREE! – Masuk Percuma!” sepanjang bulan Julai bersempena dengan pembukaan semula tempat tersebut kepada para pengunjung. Tiket masuk percuma ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) ini diberikan kepada pengunjung tertakluk kepada “Siapa Cepat Dia Dapat” dan kapasiti menara. Oleh itu, tenaga pengajar fotografi tidak melepaskan peluang ini dengan mengadakan Outdoor Fotografi Siri II. Aktiviti ini telah disertai oleh 18 orang iaitu 5 tenaga pengajar dan 13 orang peserta kelas fotografi Program Komuniti GENIUS Remaja. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan  pendedahan kepada  pelajar fotografi Genius  Remaja dalam merakam  penggambaran dari aras  yang tinggi seterusnya mendapatkan permandangan sekitar Kuala Lumpur.

Objektif outdoor fotografi:

  • Memberi pendedahan tema penggambaran yang berbeza kepada peserta fotografi.
  • Memupuk minat peserta fotografi untuk memulakan perniagaan fotografi.
  • Memberi peluang kepada peserta fotografi menggunakan ilmu kemahiran yang dipelajari di dalam kelas.

Cikgu Syukrie (kanan) sedang berswafoto bersama peserta fotografi GENIUS Remaja.

Tenaga pengajar dan peserta fotografi sedang merakam gambar kengan di observation deck.

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.