Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PERMATA REMAJA 4 COMMUNITY @ INSTITUT KANSER NEGARA, PUTRAJAYA

Pihak Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dengan kerjasama Institut Kanser Negara (IKN) telah menganjurkan Program PERMATA Remaja 4 Community yang bertempat di IKN Putrajaya pada 29 Mei 2024 bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Tujuan utama program ini dirancang adalah untuk menyantuni warga kakitangan dan pesakit di IKN seterusnya menggalakkan penglibatan peserta PERMATA Remaja dalam komuniti. Seramai 18 orang peserta PERMATA Remaja yang diiringi dua staf pengurusan telah terlibat dalam menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu dekorasi cupcakes dan perkhidmatan rawatan kuku tangan. Bagi rawatan kuku tangan, terdapat lapan kaunter servis yang dibuka bagi meraikan warga IKN. Sambutan yang amat menggalakkan daripada warga IKN membuktikan program ini mencapai objektif yang diinginkan.

Pihak PERKASA juga berbesar hati dengan kehadiran Dr. Mohd Anis bin Haron @ Harun selaku Pengarah Institut Kanser Negara kerana turun padang bagi melihat sendiri suasana program berlangsung. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa yang akan datang. #PR4Community #PERMATARemaja