Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

READY TO GLOW WORKSHOP

Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 - Bengkel Ready to Glow merupakan program kerjasama antara Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM dan Atomy Malaysia Sdn.Bhd. yang telah berlangsung pada 13 Julai 2024 (Sabtu) bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang yang bertempat di HQ Atomy, Menara Allianz, Kuala Lumpur. Pihak PERKASA berbesar hati menerima tawaran kerjasama bagi bersama-sama melaksanakan bengkel ini seterusnya menjadi pengguna pertama bagi bilik seminar yang baharu sahaja dibuka di HQ Atomy.

Seramai 34 orang peserta PERMATA Remaja telah menyertai bengkel ini, di mana telah diringi oleh dua orang wakil pihak pengurusan dan dua orang tenaga pengajar kelas kecantikan. Bengkel percuma ini memberi fokus kepada penggunaan barangan Atomy dan mempromosikan kemahiran menggunakan produk Atomy. Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri peserta melalui penampilan diri dan memberi kesedaran kepada para peserta akan kepentingan menjaga wajah ketika masih muda lagi.

Sebelum sesi bengkel bermula, penganjur telah membawa peserta untuk melawat fasiliti yang terdapat di HQ Atomy. Terdapat juga sesi pengenalan tentang produk Atomy. Selepas itu, peserta telah dibawa masuk ke bilik seminar bagi menjalani sesi praktikal di mana penganjur telah memberi tunjuk ajar berkaitan rutin asas penjagaan muka menggunakan produk Atomy dan menjelaskan bahawa setiap ramuan produk itu merupakan bahan semulajadi dan sihat untuk kulit.

Di akhir program, peserta telah dihidangkan dengan minuman ringan produk Atomy juga. Pihak Atomy menyatakan hasratnya untuk bekerjasama lagi dengan pihak PERKASA dan mengalu-alukan peserta berbincang dengan tenaga pengajar tentang bengkel seperti ini di Atomy juga. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil peluang menyertai bengkel tersebut.