Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.
PUTRAJAYA, 5 Oktober 2019 - Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan program Putrajaya Open Day yang melibatkan 23 jabatan kementerian dan 90 agensi kerajaan. Sempena Putrajaya Open Day yang bertemakan "Sehari Bersama Rakyat, Menyediakan 1001 Perkhidmatan" , pihak GENIUS Remaja telah dijemput untuk membuka booth jualan dan perkhidmatan. Pihak GENIUS Remaja telah membuka jualan dari produk kek dan pastri, memberikan perkhidmatan spa serta jualan produk dan photobooth. Antara jualan produk kek dan pastri ialah kek pandan gula melaka, kek pecan butterscotch, kek marble dan kek velvet manakala perkhidmatan spa yang dijalankan ialah merias muka, rawatan muka ekspres, rawatan kuku dan tangan serta refleksologi. Booth GENIUS Remaja juga telah menerima kunjungan daripada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada hari tersebut. Putrajaya Open Day telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat kerana kepelbagaian aktiviti, perkhidmatan dan jualan.
Kunjungan YB Dr. Maszlee Malik(Menteri Pendidikan Malaysia) ke booth kek dan pastri.
Photobooth GENIUS Remaja.
Team fotografi dan tenaga pengajar bersama-sama YB Dr. Maszlee Malik.
Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.