Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.
2 Mac 2017 - Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) 2017 yang bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan CIAST, Shah Alam. Seramai 22 orang kaki tangan PERKASA@remaja, termasuk tenaga pengajar untuk kelas komuniti PERKASA@remaja turut menghadiri kursus sehari ini.
Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras, coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan salah satu prosedur yang menjadi ketetapan pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi mendapatkan pentauliahan unruk program-program di Kelas Komuniti PERKASA@remaja. Antara tujuan kurusus ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan secara komprehensif kepada para peserta mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus untuk coach dan kursus untuk pengajar pusat bertauliah.