Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.
Kuala Lumpur, Julai 2020 - Lawatan Kelas Kek & Pastri ke Kenny Hills Bakers telah diadakan pada 19 dan 26 Julai yang melibatkan sepuluh orang peserta kelas kek & pastri yang terdiri dari Pusat Komuniti GENIUS Remaja Desa Rejang dan Sri Pantai. Lawatan sambil belajar ini memberikan kelainan suasana pembelajaran kepada peserta kelas kek & pastri. Proses pembelajaran secara lawatan dikatakan boleh mengatasi masalah kebosanan peserta. Justeru, aktiviti lawatan ini secara tidak langsung merupakan pembelajaran efektif dan meningkatkan kefahaman tentang kualiti kek & pastri di kedai ternama di Kuala Lumpur.
Objektif lawatan ini adalah untuk:
Tenaga pengajar sedang memberi penerangan tentang pencuci mulut kepada peserta kelas kek dan pastri.
Tenaga pengajar, pengurus pusat dan peserta kelas kek dan pastri Pusat Komuniti GENIUS Remaja Sri Pantai bergambar di sekitar kawasan bakeri.