Selamat datang ke PERMATA Remaja, di mana pembelajaran di sini tiada batasan! Kelas yang dipilih disusun dengan teliti, direka untuk memberi inspirasi, mendidik dan memperkasa belia yang berumur 13 hingga 19 tahun.
Kelebihan Menyertai Kelas Ini:
Kelebihan Menyertai Kelas Ini
Kelebihan Menyertai Kelas Ini
Kelebihan Menyertai Kelas Ini
Kelebihan Menyertai Kelas Ini
Kelas Bahasa Inggeris merupakan kelas yang ditawarkan kepada warga PERMATA Remaja – peserta, tenaga pengajar dan staf pengurusan pada setiap hujung minggu di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PA Desa Rejang. Tujuan kelas ini ditubuhkan adalah untuk memastikan warga PERMATA Remaja mampu untuk berkomunikasi secara professional dan tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris. Tambahan pula, bahasa Inggeris merupakan bahasa global (lingua franca) dan digunakan oleh kebanyakan negara.
Populariti bahasa Korea dan kejayaan negaranya di persada antarabangsa berjalan seiring mendorong kepada pelaksanaan Kelas Bahasa Korea. Kelas Bahasa Korea merupakan kelas yang ditawarkan kepada masyarakat umum di Malaysia yang berminat untuk mempelajari bahasa Korea. Kelas ini dijalankan secara dalam talian dua kali seminggu iaitu pada hari Jumaat dan Rabu jam 8 malam di mana setiap kelas terhad kepada seratus peserta sahaja. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membuka peluang menjadi sebahagian daripada komuniti yang mempunyai budaya berbeza dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang dunia sekeliling.
Kelas membaca merupakan kelas yang dijalankan setiap hujung minggu di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Pantai Ria untuk individu berumur 5 hingga 19 tahun yang belum mahir membaca ataupun yang tidak mengenali huruf. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengatasi masalah literasi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menerusi kelas ini, tenaga pengajar akan membantu peserta dalam pembangunan kesedaran fonemik, memahami hubungan bunyi dan huruf di samping membaca, mengeja dan menulis.
Kelas Iqra’ dan al-Quran merupakan kelas yang ditawarkan kepada individu berumur 5 – 19 tahun untuk mempelajari bacaan kitab suci al-Quran menggunakan tajwid yang betul. Kelas ini dijalankan tiga kali seminggu di keempat-empat Pusat Komuniti PERMATA Remaja. Menerusi kelas ini, tenaga pengajar akan membimbing sebutan huruf, membaca Iqra’, makhraj huruf, tajwid serta mengajar membaca al-Quran sehingga khatam. Selain itu, tenaga pengajar juga menyentuh dan menyemak asas fiqh ibadat.