Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.
KUALA LUMPUR, 28 Julai - Pihak PERKASA berbesar hati menerima undangan kerjasama bagi Program Klinik Cerdik Fakta (KLICk) Siri Ke-4 yang dikelola oleh Pusat Kajian Media dan Komunikasi (Mention), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini telah berlangsung pada 28 Julai 2024 (Ahad) bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang yang bertempat di Hotel Ideas, Kuala Lumpur.
Seramai 35 orang peserta PERMATA Remaja telah menyertai program ini, di mana telah diiringi oleh seorang wakil pihak pengurusan PERKASA. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan cara mengenal pasti kesahihan sesuatu berita seterusnya memberi kesedaran tentang tipu daya laman sosial. Hal ini rentetan kerana, media sosial merupakan paltform utama komunikasi zaman kini. Justeru, program sebegini sudah pasti akan membantu peserta untuk melawan dan tidak mudah terjebak dengan berita palsu.
Pihak PERKASA berasa beruntung kerana peserta Program PERMATA Remaja diberi peluang untuk menyertai Program KLICk dan diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan di lain masa. Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil peluang menyertai program ini.