Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.
Kedah, 8 Disember 2019 - Seramai 30 orang peserta GENIUS Remaja daripada kelas kecantikan dan kelas kek & pastri menyertai Program Lawatan Sambil Belajar dan Perkongsian Pintar ke Kedah yang berlangsung selama tiga hari iaitu 6 hingga 8 Disember di Kedah. Dua input penting yang ditekankan dalam program lawatan ini iaitu pendedahan suasana kelas kemahiran yang dijalankan di kolej komuniti dan pendedahan suasana pemprosesan produk di kilang. Secara tidak langsung, program ini memberi pendedahan tentang ‘real-world experience’ kepada peserta GENIUS Remaja. Antara tempat yang dilawati ialah Kolej Komuniti Jerai, Kilang First Grade Resources Sdn Bhd dan juga Kilang Jeruk Pak Ali.
Kebaikan pertama membuat lawatan sambil belajar ialah peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Lokasi lawatan sambil belajar adalah di tempat yang tidak pernah dikunjungi . Pengetahuan yang diperolehi ini biasanya lebih kekal lama kerana
Sebahagian peserta GENIUS Remaja di Kilang First Grade Resources Sdn. Bhd.
Pegawai pengiring, tenaga pengajar serta peserta GENIUS Remaja di Kolej Komuniti Jerai
Peserta kelas kek bersama tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Jerai