Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

SCi-Tizen Nature Venture

PUCHONG, 8 Jun 2024 – Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah menganjurkan program “SCI-Tizen Nature Venture” bagi fasa-kedua bertempat di Sultan Idris Shah Education Forest (SISFEC), Puchong Selangor. Program ini disertai seramai 31 orang peserta PERMATA Remaja daripada pelbagai pusat komuniti, 20 orang pelajar UPM dan enam orang pakar rujuk alam berkemahiran dalam bidang alam sekitar daripada UPM.

Program ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang berpengatahuan dalam biodiversiti di Malaysia. Pihak UPM telah menjemput pakar-pakar rujuk dalam bidang biodiversiti yang pengalaman untuk memberikan tunjuk ajar kepada para peserta. Antara aktiviti utama yang dilakukan adalah taklimat oleh pakar ruju dengan memberikan pembentangan pengenalan kepada kaedah mererkod data biodiversity dengan tepat. Seterusnya aktiviti kedua adalah pembahagian kumpulan kepada enam kumpulan yang telah dipisahkan dan ditempatkan di “checkpoint” masing-masing untuk melihat secara terperinci tentang tumbuhan dan haiwan yang telah disediakan oleh pakar rujuk. Manakala aktiviti ketiga adalah pengenalan kepada tugasan umum yang akan dilakukan oleh peserta sepanjang tempoh tiga bulan.

Penganjuran program tersebut secara tidak langsung memberikan peluang kepada peserta dalam mempelajari kepentingan biodiversiti kepada masyarakat. Justeru, pihak PERKASA mengucapkan beribu terima kasih kepada pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menjayakan program tersebut