Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN DARIPADA PIHAK MYC MALAYSIA

Pihak Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Malaysia Youth Community (MYC)  atas penyerahan sumbangan berbentuk barangan yang bernilai RM4,800 bagi memeriahkan Karnival PERMATA Remaja yang berlangsung di Aras 2, Bangunan PUSANIKA, UKM Bangi pada 18 hingga 19 Disember 2023. 

Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya mahasiswa dan staf UKM.  Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan.

 

Sumbangan ini merupakan sumbangan kedua dan pihak PERKASA berharap ini dijadikan simbolik kerjasama dan sokongan yang utuh daripada pihak MYC Malaysia kepada Program PERMATA Remaja. Terima kasih kepada MYC Malaysia atas sokongan kepada Program PERMATA Remaja.