Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PENYERAHAN SUMBANGAN PEK IFTAR RAMADAN DARIPADA YAYASAN YARA

PANTAI DALAM, 21 Mac 2024 - Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan YARA di atas sumbangan pek iftar Ramadan sebanyak 100 pek kepada peserta Program PERMATA Remaja. Seramai 100 penerima yang terdiri daripada kelas kecantikan, kelas vokal dan muzik, kelas membaca dan juga kelas button badge telah menerima manfaat. Pengagihan ini telah dijalankan pada 21 Mac 2024 yang mengambil masa lebih kurang satu jam di hadapan Pusat Komuniti PERMATA Remaja, Blok A, PPR Pantai Ria, Pantai Dalam.

Sumbangan pek iftar Ramadan ini telah disampaikan oleh wakil daripada pihak pengurusan PERKASA. Penyerahan ini merupakan kerjasama dan inisiatif pihak Yayasan YARA dalam menyantuni remaja berisiko khususnya golongan B40 yang agak sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup di ibu kota. Tidak lupa juga, Yayasan YARA turut menyumbang pek iftar Ramadan ke Pusat Komuniti PERMATA Remaja di PPR Seri Pantai, PPR Kampung Muhibbah dan PA Desa Rejang di mana setiap pusat komuniti mendapat sumbangan sebanyak 100 pek makanan.

Semoga dengan usaha murni mendapat berkah di bulan yang mulia ini. Terima kasih Yayasan YARA di atas sumbangan yang diberikan kepada peserta-peserta PERMATA Remaja