Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM EDARAN PEK MAKANAN SUMBANGAN YAYASAN YARA PUSAT KOMUNITI PERMATA REMAJA PPR KG. MUHIBBAH

KUALA LUMPUR, 8 Mac 2025 - Program PERMATA Remaja sangat berbesar hati apabila telah menerima sumbangan sebanyak 100 pek makanan daripada Yayasan Yara. Pek makanan yang lengkap beserta buah-buahan dan air ini telah diedarkan kepada peserta-peserta PERMATA Remaja beserta keluarga masing-masing. Edaran pek makanan ini telah berlangsung di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kampung Muhibbah bermula jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang dan telah melibatkan peserta-peserta daripada kelas kemahiran Fotografi, Muzik dan Mengaji Iqra’ & Al-Quran. PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Yara di atas sumbangan pek makanan yang diberikan. Semoga perkongsian rezeki ini dapat mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama antara PERMATA Remaja dengan Yayasan Yara. Terima kasih Yayasan Yara!