Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.
PUNCAK ALAM, 8 Februari 2025 - PERMATA Remaja telah menjadi tetamu untuk menghadiri pameran KITAEXPOSE Photography Exibition anjuran mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Alam. Pameran fotografi yang telah berlangsung di Galeri 2 Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Alam ini telah melibatkan seramai 35 orang peserta PERMATA Remaja dan empat orang tenaga pengajar yang terdiri daripada Kelas Fotografi PERMATA Remaja.
Pameran ini merupakan pertunjukkan hasil projek akhir semester bagi mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan pelajar dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Fotografi, UiTM Puncak Alam. Objektif lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang bagaimana suasana pembelajaran dalam bidang fotografi di peringkat IPT di samping memberi inspirasi kepada peserta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang fotografi pada masa akan datang.
Sepanjang lawatan ini peserta PERMATA Remaja telah menyertai beberapa aktiviti yang disediakan antaranya Bengkel Cetak Cahaya Matahari (Cynotype), Pameran Foto, Cabutan Bertuah dan Photography Talk bersama mahasiswa UiTM Puncak Alam. PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Alam di atas jemputan dan penganjuran program yang sangat bermanfaat buat peserta-peserta PERMATA Remaja. Tahniah juga diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Selamat maju jaya buat semuanya!