Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM LET’S LISTEN TO NATURE 8.O (LLTN8.0) & BIO-SUPERHERO OUTREACH 6.O (BSO6.0) 2024

SELANGOR, 10 Mei 2024 - Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program LET’S LISTEN TO NATURE 8.0 (LLTN8.0) dan BIO-SUPERHERO OUTREACH 6.0 (BSO6.0) pada 10 hingga 12 Mei 2024 di Nur Laman Bestari Eco Resort, Selangor.

Penganjuran program “LET’S LISTEN TO NATURE 8.0 (LLTN8.0) 2024” & “BIO-SUPERHERO OUTREACH 6.0 (BS06.0) 2024” bertemakan "Nurturing Bio-Consciousness Superhero Towards Eco-Cycle & Sustainable Biodiversity" adalah untuk memupuk kasih sayang terhadap alam semula jadi. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada para peserta akan kepentingan ilmu biologi serta dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian dan kepada masyarakat setempat.

Kumpulan sasaran untuk program “LET’S LISTEN TO NATURE 8.0 (LLTN8.0) 2024” dan "BIO-SUPERHERO OUTREACH 6.0 (BS06.0) 2024" terdiri daripada remaja B40 yang menetap sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Program PERMATA Remaja yang merangkumi daripada empat buah pusat komuniti iaitu di PA Desa Rejang, PPR Pantai Ria, PPR Sri Pantai dan PPR Kampung Muhibbah. Peserta-peserta yang terlibat merupakan pelajar sekolah menengah yang berumur 13 hingga 19 tahun, menghadapi cabaran besar berikutan pendapatan isi rumah keluarga mereka yang rendah dan banyak tanggungan. Dengan penglibatan peserta dalam program seperti ini, mereka bakal menjadi perintis masa depan negara dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam sekitar malah flora dan fauna secara holistik dan bukan sahaja di peringkat kepelbagaian biodiversiti sahaja tetapi merangkumi aspek sosial dan ekonomi komuniti setempat.

Seramai 34 orang peserta PERMATA Remaja telah menyertai program selama tiga hari dua malam. Terdapat empat modul yang dilaksanakan oleh mahasiswa/siswi UPM iaitu Module 1: Ice Breaking; Module 2: Community Recycling Challenge; Module 3: Green Entreprenuership Training dan Module 4: Community Garden.

Terdapat aktiviti yang merupakan kesinambungan daripada program ini iaitu di mana peserta akan menghasilkan hidroponik secara berkumpulan di pusat komuniti masing-masing. Dengan penglibatan peserta dalam program ini, mereka dapat meningkatkan pengetahuan berkenaan ilmu Biologi, kitar semula, inovasi dan keusahawanan melalui pelbagai aktiviti serta pertandingan yang menarik agar ia dapat menarik minat peserta terhadap bidang Biologi. Selain itu, peserta akan membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Diharapkan dengan program jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.