Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

SUKAN ANTARA PROGRAM PERMATA (SUKMATA) 2024

BANGI, 5 Oktober 2024 - Telah berlangsung satu program sukan tahunan yang telah dianjurkan oleh Kelab PERMATA Malaysia dengan kerjasama Kolej PERMATA Insan sebagai tuan rumah bagi tahun ini. SUKMATA telah dijalankan pada 5 dan 12 Oktober 2024 bertempat di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM, Bangi dan Kolej PERMATA Insan, USIM, Nilai.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat PERMATA@Pintar Negara UKM, YBrs. Prof. Dr Ismanizan Ismail dan turut dihadiri oleh Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) UKM, Dr. Nasrudin Subhi, Pengarah Kolej PERMATA Insan USIM, Dr. Mahiz Spawi dan Pengarah Pusat PERMATA Kurnia, Dr. Nil Farakh Sulaiman. 

Objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan disamping mewujudkan persaingan yang sihat sesama kakitangan program-program dibawah Bahagian PERMATA. Program ini telah mengumpulkan lima kontinjen dibawah Program PERMATA iaitu Bahagian PERMATA, PERMATA Remaja, PERMATA Pintar, PERMATA Kurnia dan PERMATA Insan yang masing-masing juga telah menghantar atlet dalam acara yang dipertandingkan. Pelbagai acara sukan yang telah dipertandingkan sepanjang tiga hari penganjuran SUKMATA 2024 antaranya adalah futsal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, dart, karom, badminton, ping pong dan memancing.

Majlis Perasmian SUKMATA tahun ini dimulakan dengan perbarisan daripada kelima-lima Program PERMATA seterusnya aktiviti senamrobik. Senamrobik dijalankan bagi meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem peredaran darah sebelum aktiviti yang dipertandingkan bermula.

Tahun ini, kontinjen PERMATA Remaja telah menduduki di tempat ketiga keseluruhan dan berjaya membawa pulang tiga (3) Pingat Emas, dua (2) Pingat Perak dan empat (4) Pingat Gangsa Antara acara yang telah dimenangi oleh atlet-atlet PERMATA Remaja adalah Emas Dart (Perseorangan), Emas Badminton (Regu Lelaki), Emas Karom (Regu), Perak (Futsal Lelaki), Perak (Bola Sepak), Gangsa (Futsal Perempuan), Gangsa Ping Pong (Regu Campuran), Gangsa (Bola Tampar (Lelaki) dan Gangsa Dart (Regu Campuran). Tahniah diucapkan kepada kontinjen PERMATA Remaja yang telah berjaya membawa pulang pingat dan tahniah diucapkan oleh Bahagian PERMATA, KPM diatas pengajuran sukan yang sangat bermanfaat bagi seluruh warga kakitangan PERMATA. .