Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.
KELANA JAYA, 27 Julai 2024 – UNITAR International University (UNITAR) telah menganjurkan program “UNITAR BREAKTHROUGH DAY” bertempat di UNITAR, Kelana Jaya yang disertai oleh 40 orang peserta daripada Program PERMATA Remaja.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai bidang perniagaan, pendidikan dan teknologi maklumat. Objektif program ini membantu peserta untuk menentukan hala tuju mereka selepas tamat pembelajaran di sekolah. Program ini dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah yang berpengetahuan dan dibantu oleh mahasiswa UNITAR. Peserta PERMATA Remaja diberikan peluang untuk mempelajari teknik asas penggunaan aplikasi Canva dengan melakukan aktiviti mereka bentuk eposter anti buli. Selain itu, peserta juga diberikan peluang untuk berinteraksi antara peserta daripada sekolah-sekolah lain dengan aktiviti “Ice-breaking” yang dikendalikan oleh mahasiswa UNITAR.
Penganjuran program tersebut secara tidak langsung memberikan peluang kepada peserta dalam mempelajari kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan harian seterusnya memberikan mereka idea dalam menentukan hala tuju masa depan mereka. Diharapkan kerjasama dengan universiti swasta ini dapat meningkatkan keterlihatan Program PERMATA Remaja di samping memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dengan agensi swasta yang lain.