Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM

 Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Aktiviti F1iS 2023

2 Disember 2023 
Asian Le Mans Series 2023 – 2024

Sekali lagi, pada kali ini, seramai 3 ahli kelab telah berpeluang untuk menyertai lawatan ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang sempena Asian Le Mans Series 2023 – 2024. Pertandingan peringkat antarabangsa ini merupakan siri jelajah berprestij berasal dari Perancis, dan merupakan siri jelajah tertua di dunia.

wikipedia

 

25 November 2023 
Lawatan ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang (LAPS)

Seramai 36 ahli kelab telah menyertai lawatan ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang sempena Sepang 1000km (S1K) Endurance Race 2023. Lawatan ini bertujuan membantu wakil-wakil pasukan dari Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM (KPPN UKM) yang bakal bertanding dalam Pertandingan F1 in Schools (Peringkat Kebangsaan), tahun hadapan serta ahli Kelab F1 in Schools (F1iS) untuk lebih mengenali asas sukan permotoran dan juga ilmu berkaitan aspek-aspek penting dalam pertandingan F1 in Schools, antaranya adalah seperti mereka bentuk model kereta yang baik, penyediaan portfolio yang padat dan merangka pelan tindakan strategik untuk menghadapi pertandingan.

Pada lawatan tersebut, mereka telah diberi peluang untuk melawat Pusat Media, Bilik PC, Podium, Bilik Penjaga Masa, Race Control Room dan Pusat Perubatan. Kemudian, sebelum perlumbaan bermula, murid telah berpeluang untuk merasai pengalaman bertemu pelumba dan berada di grid permulaan bersama mereka.

 

25 Oktober 2023 
Lawatan Sekolah Kebangsaan Gemas

Lawatan in telah disertai oleh

18 Oktober 2023 
Lawatan Deligasi Shibata High Schools, Jepun

Seramai.

2 Oktober 2023 
Majlis Penyampaian hadiah Kejayaan Pertandingan Peringkat Negeri Selangor

Seramai.

12 – 14 September 2023 
Pameran sempena International Future Scientists Conference 2023

PPPN UKM telah menghantar 3 pasukan bagi pertandingan ini.

24 – 28 Julai 2023 
Perjumpaan Kelab x Program Immersion KGPN UKM + SESERI

Seramai 10 orang murid Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah terlibat dalam program ini. Mereka telah melawat Makmal F1iSxGP pada sesi perjumpaan kelab yang kebiasaannya diadakan pada hari Rabu.

20 Julai 2023 
Sesi Perkongsian bersama Alumni F1iS

22 Julai 2023 
Go-Kart @ X Park Sendayan

Kelab F1iSxGP telah menjalankan aktiviti Go-Kart, bertempat di X Park Sendayan. Seramai 15 ahli kelab, diiringi oleh beberapa pensyarah telah menyertai aktiviti ini. Melalui program ini, murid telah dilatih cara pemanduan go-kart oleh dua jurulatih jemputan iaitu En. Kimie Majid dan Dr. Latun Fatin Liyana. Program ini juga bertujuan untuk memupuk minat dan mencungkil bakat murid dalam asas sukan permotoran

12 Julai 2023 
Perjumpaan Kelab F1iS

Kelab F1iSxGP 2023 telah disertai oleh seramai 45 orang ahli, jumlah penyertaan paling ramai.

6 – 8 Julai 2023 
Pameran sempena GENIUS Modul United Nations (GMUN 2023)

Sebagai salah satu kelab yang aktif di PGPN UKM, F1iS x GP juga turut diberi peluang untuk membuka reruai, bertujuan untuk mempromosikan aktiviti dan kemudahan yang ada di makmal berkenaan.

7 Jun 2023 
Perjumpaan Kelab x Program Immersion KGPN UKM + GUAMSS

Seramai 10 orang murid Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah terlibat dalam program ini. Mereka telah melawat Makmal F1iSxGP pada sesi perjumpaan kelab yang kebiasaannya diadakan pada hari Rabu.

5 Mei 2023 
Lawatan Deligasi dari Sheikh Abdullah Al Nouri Charity Society of Kuwait

11 April 2023 
Reruai GENIUS@Pintar di Pejabat KPM, Putrajaya

14 – 16 Februari 2023 

Nobel Week 2023

F1 in Schools: Fast, Faster, Fastest

26 Januari 2023
F1 in Schools: Take Off with Vivian Racing di JEPS

Seramai 6 orang ahli Kelab F1 in Schools KGPN UKM, (F1iS x GP), 3 daripada mereka merupakan alumni Sekolah Kebangsaan Jalan Empat (JEPS), diiringi pensyarah penasihat kelab, telah mengadakan program untuk memperkenalkan pertandingan F1 in Schools dan juga untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam STEM. Program ini telah mendapat sambutan dimana seramai 51 orang murid darjah 6, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat (JEPS) telah menyertainya. Sepanjang program, mereka telah didedahkan dengan set Primary F1 in Schools, bermula daripada pembentukan kumpulan, sehingga ke peringkat perlumbaan kalah mati.

14 – 16 Januari 2023
Pertandingan F1 in Schools Peringkat Kebangsaan 2022

Pertandingan ini telah disertai oleh 2 pasukan iaitu Tigris Racing dan Vivian Racing. Vivian Racing telah berjaya mendapat 3 anugerah iaitu 5th Place Overall, 1st Place Knock-out Race & Pit Display Award, bagi Kategori Profesional manakala Tigris Racing telah berjaya mendapat 2nd Place Knock-out Race, dalam Pertandingan F1 in Schools, Peringkat Kebangsaan 2022 yang telah berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 14 – 15 Januari 2023.