FAQs
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
PUSAT PUSAT GENIUS@Pintar Negara
Q: Di mana lokasi PUSAT GENIUS@Pintar Negara?
A: PUSAT GENIUS@Pintar Negara terletak di dalam kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Q: Adakah PUSAT GENIUS@Pintar Negara di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?
A: Tidak, PUSAT GENIUS@Pintar Negara adalah sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UKM. Pusat ini ditubuhkan selepas UKM diberi mandat untuk menjadi agensi pelaksana Program PERMATApintar.
Etika pemakaian sepanjang Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)
Q: Bolehkah ke kelas memakai seluar pendek?
A: Tidak boleh, seluar track (sukan) atau slack sahaja yang dibenarkan.
Q: Adakah perlu memakai baju berkolar sepanjang kelas?
A: Tidak, t-shirt round neck juga dibenarkan.
Q: Bolehkah pelajar perempuan memakai skirt?
A: Hanya skirt bawah paras lutut yang dibenarkan.
Q: Apakah jenis kasut yang boleh dipakai? Kasut sekolah?
A: Boleh, asalkan kasut bertutup.
Q: Perlukah pelajar perempuan bertudung?
A: Terpulang kepada ibubapa untuk membuat pilihan.
Q: Baju t-shirt yang dipakai perlu warna yang tertentu atau bebas?
A: Bebas dan tidak menonjol pada warna tertentu.
KESELAMATAN
Q: Adakah PUSAT GENIUS@Pintar Negara mempunyai kawalan keselamatan?
A: Ya, pihak PUSAT GENIUS@Pintar Negara juga sentiasa berusaha mengawal keselamatan pusat semasa PPCS.
Q: Pihak keselamatan bertugas atau tidak?
A: PUSAT GENIUS@Pintar Negara bekerjasama dengan pihak Keselamatan UKM dalam penjadualan tugas pihak keselamatan UKM dalam penjadualan tugas pihak keselamatan di pondok keselamatan.
Q: Adakah pelajar dibenarkan untuk menaiki Grab ke mana-mana?
A: Tidak, setiap pelajar tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan TIDAK BOLEH keluar dari PUSAT GENIUS@Pintar Negara tanpa mendapat kebenaran dari Ketua Unit Program Perkhemahan Cuti Sekolah atau Dekan Pelajar.
KEMUDAHAN ASRAMA
Q: Kemudahan apa yang ada di dalam bilik pelajar?
A: Setiap bilik mempunyai 3 katil, almari, meja belajar, kerusi, tilam dan bantal.
Q: Ada bilik air di dalam bilik?
A: Tiada ada, bilik air yang digunakan adalah secara berkongsi dan terletak di hujung setiap aras.
Q: Semasa pendaftaran bolehkah ibubapa pergi melawat/melihat bilik pelajar?
A: Tidak boleh, hanya pelajar dibenarkan ke bilik.
Q: “Saya perlu kemaskan baju anak di bilik sebelum pulang.”
A: Tidak boleh, pelajar perlu berdikari dan akan diberikan masa untuk mengemas barang masing-masing.
Q: Bantal disediakan atau tidak?
A: Bantal disediakan oleh PUSAT GENIUS@Pintar Negara.
Q: Adakah bilik di PUSAT GENIUS@Pintar Negara mempunyai penghawa dingin?
A: Tidak, hanya kipas siling disediakan.
Q: Ada air panas disediakan untuk mandi?
A: Tiada. Hanya kemudahan air paip biasa.
Q: Ada pantry/ dapur untuk digunakan?
A: Ada.
Q: Peti sejuk di asrama ada di setiap aras atau blok?
A: Tiada, tetapi terdapat banyak mesin air layan diri dan water filter disediakan.
Q: Kalau kunci bilik hilang, apakah yang perlu dilakukan?
A: Pihak asrama akan menggantikan yang baru dan pelajar perlu membayar kos tersebut.
Q: Adakah cadar/bantal perlu dibawa?
A: Ya, pelajar perlu membawa cadar/bantal masing-masing.
YURAN & PENGECUALIAN YURAN
Q: PPCS ini percuma atau perlu bayar?
A: PPCS adalah program yang berbayar. Bayaran tertentu dikenakan untuk kemudahan semasa PPCS.
Q: Berapakah yuran PPCS?
A: RUJUK DATA PEKELILING 2018
Q: Yuran dibayar untuk apa?
A: Yuran meliputi makan dan minum, penginapan, kemudahan kelas/makmal, dobi dan lain-lain.
Q: Kalau tidak mampu bayar yuran?
A: Pihak ibubapa perlu membuat surat rayuan permohonan pengecualian yuran bersama salinan penyata pendapatan ibubapa yang disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar sekolah pelajar kepada Ketua Unit Programm Perkhemahan Cuti Sekolah.
Q: Bolehkah bayar yuran semasa pendaftaran?
A: Tidak boleh, semua pembayaran perlu dijelaskan sebelum pendaftaran bermula.
Q: Jika telah bayar yuran, tetapi menarik diri sebelum PPCS bermula, adakah boleh refund?
A: Refund hanya akan diberikan kepada pelajar yang menarik diri dengan alasan yang munasabah.
Q: Bagaimana cara pembayaran yuran?
A: Yuran boleh dibayar melalui tiga (3) cara;
- Transaksi online,
- Kaunter CIMB yang berdekatan, atau
- Cash Deposit Machine (CDM).
Q: Transaksi online tidak berjaya, rejected.
A: Ada kemungkinan tersalah nombor akaun atau talian perbankan sibuk.
Q: Yuran perlu disertakan dengan borang yang lengkap?
A: Perlu, kerana pihak kami perlu berurusan dengan Bendahari UKM untuk tujuan resit dan pengesahan bayaran.
CARA PENGHANTARAN BORANG
Q: Perlukah hantar borang secara email?
A: Perlu, kerana kami perlu membuat semakan awal jika borang tidak lengkap sebelum dipos.
Q: Borang telah diemel dan dibalas oleh urusetia lengkap, perlu pos lagi?
A: Borang perlu diposkan juga kerana pihak PPCS perlukan bukti pembayaran (hardcopy) untuk rujukan kepada pihak Bendahari UKM.
TAWARAN KE SBP/ IMTIYAZ/ MRSM
Q: Semasa PPCS, akan ada ujian untuk ke SBP/ IMTIYAZ/ MRSM. Bolehkah peserta keluar?
A: Boleh, jika disertakan surat tawaran menduduki ujian tersebut. Pihak PPCS akan menyusun atur pelajar yang akan pulang dan kehadiran akan diambil semasa pelajar mendafatar masuk semula.
Q: Jika ujian yang dijalankan perlukan kemudahan komputer dan internet, bolehkah PUSAT GENIUS@Pintar Negara sediakan kemudahan tersebut?
A: Boleh, jika diberitahu lebih awal bersama surat tawaran.
PENGANGKUTAN
Q: Adakah bas disediakan?
A: Bas disediakan untuk pelajar dari luar kawasan Selangor, Cyberjaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja yang ibubapa berpendapatan RM 3000 dan kebawah sahaja.
Q: Dimana bas akan ambil/ turunkan pelajar?
A: Pihak PPCS akan memberitahu checkpoint tertentu kepada ibubapa sebelum ambil/ turunkan pelajar.
Q: “Saya berpendapatan lebih dari RM 3000, namun tidak boleh menghantar/ mengambil pelajar. Boleh gunakan bas?”
A: Perkara ini tertakluk kepada kekosongan dan budi bicara Ketua Unit Program Perkhemahan Cuti Sekolah.