Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2018

5 Januari 2018
Lawatan Pelajar-pelajar MRSM Parit, Perak

Lawatan para pelajar MRSM Parit, Perak berlangsung dari jam 9.00pagi hingga jam 12.00 tengahari. Kumpulan pelajar ini juga turut diiringi oleh 3 orang guru pengiring.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang pengajian di UKM selepas SPM. Kesemua pelajar yang melawat pusat ini hari ini adalah pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM 2017.

Taklimat dan penerangan tentang program ASASIpintar dan peluang-peluang pengajian di UKM telah disampaikan oleh Dr Azizah Zahidi, Ketua Program ASASIpintar dan En Salleh Huddin Abdul Rashid.


8 Jan 2018
Lawatan dari Kuwait.

Pada hari ini pusat ini telah menerima dua lawatan. Lawatan pertama yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi adalah lawatan dari sekumpulan ahli akademik dari Kuwait. Mereka berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program PERMATApintar dan bagaimana pemilihan pelajar dibuat. Perbincangan juga menyentuh peluang-peluang kerjasama antara kedua-dua negara di masa depan.

8 Jan 2018
Lawatan dari Yayasan Sarawak

Delegasi Yayasan Sarawak terdiri dari En Mohd Rahman, Cik Suhana Ahmad, dan En Salleh Hashim.


22 Jan 2018

Lawatan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Delegasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terdiri dari En Mohd Naser Mohammad Maslan dan En Ahmad Syah Ejea dari Bahagian Biasiswa, KPT.

 


23  Januari 2018

Lawatan Yayasan Sarawak.

Lawatan dari Yayasan Sarawak kali ini diketuai oleh YBhg Datu Dr Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sarawak.

Lawatan bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang program PERMATApintar dan bagaimana anak-anak Sarawak boleh mendapat manfaat dari progam ini.

Mengikut rekod, untuk tahun 2018, terdapat tidak kurang 25 orang anak-anak Sarawak yang belajar di Kolej PERMATAPintar Negara UKM.

Hampir kesemua mereka mendapat penajaan biasiswa Yayasan Sarawak. Berita lanjut mengenai anak-anak Sarawak yang belajar di Kolej PERMATApintar Negara UKM boleh dibaca di OutReach 2018, satu penerbitan berkala terbitan Yayasan Sarawak.

Gambar: YBhg Datu Dr Sabariah Putit bersama anak-anak Sarawak yang belajar di Kolej PERMATApintar Negara UKM

 

 


2 Februari 2018

Lawatan peserta-peserta Program New Colombo Plan.

Program New Colombo Plan (Australian-Malaysia) 2018 adalah satu program anjuran Pusat Hubungan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kebanyakkan peserta program ini merupakan adalah para pelajar prasiswazah dari Flinders University dan UKM. Program ini telah berlangsung dari 22 hingga 24 Januari 2018, dan melibatkan beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia. Majlis penutup program ini telah diadakan di Pusat PERMATApintar Negara, memberi peluang kepada peserta-peserta program mengenali pusat ini dan dapat berikteraksi dengan pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara UKM. Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia TYT Andrew Goledzinowski telah berbesar hati hadir dan menyampaikan ucapan di majlis penutup program ini.

 


14 Februari 2018

Lawatan MMU

Lawatan Pegawai-pegawai kanan Multimedia University (MMU), Cyberjaya.  Lawatan bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 1.00 tengahari.

MMU diwakili oleh Prof. Hishamuddin Ismail, Naib Presiden Akademik dan Pengantarabangsaan, ketua-ketua program Foundation/Timbalan Dekan Fakulti MMU dan Pn Nor Azurah Rezo, Pendaftar Akademik MMU. Lawatan bertujuan untuk mengadakan perbincangan  dan membuat semakan dokumen untuk menilai kesesuaian graduan-graduan Kolej PERMATApintar untuk diterima masuk ke program-program degree di MMU.

 


6 Mac 2018

Lawatan SK Jalan 6, Bandar Baru Bangi.

Delegasi diketuai oleh Gurubesar SK Jalan 6.  Turut serta dalam lawatan ini ialah YDP PIBG SK Jalan 6, Dato’ Dr Syed Kamaruddin, beberapa orang guru dan AJK PIBG sekolah berkenaan. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin kerjasama dengan pusat ini.

Pada majlis yang sama kedua pihak telah menandatangani letter of intent sebagai permulaan kerjasama antara kedua institusi pendidikan.


27 Mac 2018
Lawatan IPG Kota Bharu.

Dua puloh orang siswa IPG Kota Bharu. Pensyarah pembimbing Puan Nor Laini Che Mat.Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang sistem pentadbiran yang dilaksanakan dalam Pendidikan Khas untuk mempastikan murid-murid gifted tidak tercicir dalam pendidikan.


6 Jun 2018

Lawatan Fakulti Perubatan UKM.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pn Norhafizah Manan, En Mohd Hafiz bin AHmad, Pn Norhafizah Nasiron dan EN Nor Hisham A Rashid. Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang program-program PERMATApintar; juga beri pendedahan tentang suasana pembelajaran di PERMATApintar.


27 Jun 2018.

Lawatan SK Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.

Rombongan terdiri dari 40 pelajar dan guru-guru pengiring. Taklimat diadakan di Bilik VIP Kompleks Kolam Renang, PERMATApintar.


13 Julai 2018

Lawatan dari SMK Datuk Haji Ahmad Said, Butterworth.

 

 


16 Jul 2018

Lawatan Yayasan Pahang & Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Rombongan dari Yayasan Pahang dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah melawat pusat ini hari ini. Delegasi Yayasan Pahang telah diketuai olh En AirulAmri bin Amran, Pengurus Kanan Operasi Yayasan berkenaan. Sementara itu, Maahad Tahfiz Negeri Pahang diwakili oleh YB Dato’ Dr Zulkifli Ali wakil Maahad Tahfiz. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang program PERMATApintar dan peluang-peluang kerjasama antara yayasan dan pusat ini.

 


31 Jul 2018.

Lawatan Guru-Guru ASEAN+3

Seramai kira-kira 25 orang guru yang terlibat program ASEAN+3 telah melawat pusat ini pada hari ini. Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari.

Lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat ringkas sebelum para peserta dipecahkan kepada empat kumpulan untuk menjalankan beberapa aktiviti di bengkel-bengkel STEM seperti astrofizik, robotik, F1 dan penyaringan DNA.

<p “font-size:10px”>

Pelajar Kolej PERMATApintar menunjukkan proses penyaringan DNA –>

Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut serta dalam program ini termasuklah Pn Rogayah Mat Salleh dan Dr Satilawati Binti Ramli dari BPSH, Pn Syazwani Ramli dari Akademi Sains Malaysia diwakili dan Pn Shahira Bt Zolkepli mewakili Bahagian Dasar dan Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 


Lawatan guru-guru dari Arab Saudi.

Rombongan terdiri dari 5 orang guru terpilih dari beberapa buah sekolah al Jubeir di Arab Saudi. Taklimat berlangsung antara jam 9.00pagi hingga 1.00 tengahari.

 


3 Ogos 2018.

Lawatan City University.

9.00am – Delegasi diketuai oleh Prof Dr Azhar Md Adnan, Timbalan Naib Canselor (Akademik) City Univerity, Petaling Jaya. 19 pelajar terlibat dalam lawatan ini. Pensyarah pembimbing ialah Pn Mahsuri Md Desa.

 


Lawatan SMK Seremban 2.

2.30pm –  Lawatan berlangsung dari 2.30pm hingga 5.00pm. Pelawat terdiri 40 orang pelajar dan beberapa guru pengiring.

 


7 Ogos  2018 

Lawatan Kyoto University

Lawatan dua ahli akademik dari Kyoto University. Pelawat terdiri dari Prof Junko Kawai dan Cik  Nao Ishitani. Turut serta bersama pelawat ini ialah Ms Raja Nazatul, seorang ahli persatuan alumni  MyKyoto.

 


8 Ogos 2018

Lawatan Pelajar UMS Sabah.

Lawatan pelajar UMS – Program Pengembangan Potensi Diri. 10 orang pelajar. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelajar-pelajar gifted..

 


13 September 2018

Lawatan IKM KL

Lawatan 35 pelajar-pelajar dan 4 orang kakitangan IKM KL di ketuai oleh Pn Sahakilawati. Lawatan bermula pada jam 2.30pm. Taklimat telah diadakan di Bilik VIP, Kompleks Renang PERMATApintar. Pusat ini diwakili oleh En Salleh Huddin Bin Abdul Rashid dan En Hakimie Zainal Abidin.

 

 

Disediakan oleh
Ketua, Hal Ehwal Jaringan Industri & Komuniti
Pusat PERMATApintar Negara

 

Juga Berkaitan:

  1. Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM)
  2. HEJIM: Masyarakat
  3. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2017
  4. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2016
  5. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2015