Maklumat dan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu (Asas 1) sesi 2020 Kolej GENIUS@Pintar Negara Kampus Institut Perguruan Raja Melewar (IPGRM) Negeri Sembilan
Makluman kepada ibu bapa dan Penjaga Pelajar Asas 1 (2020) Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM 2020.
Maklumat Pendaftaran pelajar Asas 1 (2020) adalah seperti berikut:
Program Pengajian : Asas 1Tarikh Pendaftaran : 15 Januari 2020 (Rabu)Masa Pendaftaran : 9.00 – 11.30 PagiTempat Pendaftaran : Balai Kerapatan, Institut Perguruan Raja Melewar, Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.
Ibu bapa dan Penjaga sila akses link di bawah untuk memuat naik dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran:
- Senarai Semak Borang Semasa Pendaftaran Pelajar Asas 1 2020
- Lampiran A Borang Jawapan Penerimaan ATAU Penolakan
- Lampiran B Borang Kebenaran Mengikuti Program di Kolej GENIUS@Pintar Negara 2020
- Lampiran C Borang Maklumat Pelajar Asas 1 2020
- Lampiran D Laporan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Asas 1 2020
- Lampiran D1 Borang Perakuan Kebenaran Mendapatkan Rawatan Pelajar Asas 1 2020
- Lampiran E Akuan Pembayaran Yuran Pengajian Pelajar Asas 1 2020
- Lampiran E1 Tatacara Pembayaran Yuran Pengajian Pelajar Asas 1 2020
- Lampiran E2 Senarai Maklumat Yuran Pengajian Pelajar Asas 1 2020
- Lampiran F Tawaran Kolej Kediaman Pelajar Asas 1 2020
- Lampiran F1 Pakaian dan Peralatan yang perlu dibawa ke asrama oleh Pelajar Asas 1 2020
- Aturcara Pendaftaran Pelajar Baharu Asas 1 2020
- Polisi dan Peraturan Kolej GENIUS@Pintar 2020
- Takwim Kolej GENIUS@Pintar Negara Kampus Raja Melewar, UKM 2020
Ibu bapa dan Penjaga perlu memuat turun Polisi dan Peraturan Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM serta dokumen lain dan memahami isi kandungan sebelum menyatakan persetujuan/penolakan tawaran program ini melalui laman sesawang www.ukm.my/geniuspintar sebelum 3 Januari 2020.
Ibu bapa dan Penjaga, sila pastikan borang Lampiran A – Borang Penerimaan ATAU Penolakan dihantar semula ke Bahagian Kolej melalui email kppukm@ukm.edu.my sebelum atau pada 3 Januari 2020 (Jumaat).
Pelajar yang terpilih dikehendaki membaca dengan teliti arahan yang diberikan dan seterusnya melengkapkan lampiran-lampiran berkenaan untuk diserahkan semasa hari pendaftaran.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Penyelaras Hal Ehwal Akademik, Dr. Md. Jais Bin Ismail, 013-6006204, md_jais@ukm.edu.my atau Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Cik Wan Rezawana Wan Daud, 012-3042003, wan.rezawana@ukm.edu.my.
Kerjasama dan keperihatinan ibu bapa dan penjaga amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.