Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM

 Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Aktiviti F1iS 2024

24 April 2024 bersamaan 15 Syawal 1445H

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor ke PPPN UKM sempena Program Gagasan Rumpun Selangor, Daerah Hulu Langat.

21 April 2024
Temu duga pemilihan pasukan baharu KPPN UKM

Seramai hampir 60 orang murid telah menyertai temu duga terbuka yang telah dianjurkan bagi mencari pelapis yang akan mewakili kolej ke pertandingan tahunan ini.

23-26 Februari 2024
Pertandingan F1 in Schools Peringkat Kebangsaan 2024

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan dari KPPN UKM kerana telah berjaya dan berada dalam kelompok 5 terbaik pada pertandingan berprestij ini, yang telah disertai oleh sebanyak 41 pasukan dari seluruh negara. Pertandingan ini telah berlangsung bermula 23 – 26 Februari 2024, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, Selangor.

Team Virtuoso, terdiri daripada Zahirah (Design Engineer & Team Leader), Putri Anis (Resource Manager), Darwish Iman (Graphic Designer), Wan Ali Imran (Manufacturing Engineer), Dalili (Research Engineer), Alya Maisarah (Marketing Manager) dan En. Mohd Shafiz (mentor) kerana telah berjaya mendapat Tempat ke-4 Keseluruhan & Fastest Reaction Time Award.

Team Avalon, terdiri daripada Aqil Mukhlis (Graphic Designer & Team Leader), Amirah Annel (Resource Manager), Aqiel Hilmi (Manufacturing Engineer), Nurul Iman (Design Engineer), Andy Zariff (Race Engineer), Amar Amali (Visual & Marketing Manager) dan En. Mohd Shafiz (Mentor) pula telah berjaya mendapat Tempat ke-3 Keseluruhan pada pertandingan ini.