Permohonan Melawat ke Pusat GENIUS@Pintar Negara
Kami mengalu-alukan lawatan dari pelbagai pihak. Oleh kerana jumlah permohonan lawatan yang tinggi, kelulusan untuk lawatan adalah bergantung kepada jadual lawatan dan kesediaan pihak pusat untuk menerima pelawat. Permohonan untuk melawat ke Pusat GENIUS@Pintar Negara hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh lawatan.
Surat permohonan perlu menyatakan perkara-perkara berikut;
- Tujuan lawatan
- Bilangan peserta (murid, guru, dsb.)
- Tarikh dan masa lawatan
Surat permohonan hendaklah dihantar kepada;
Pusat GENIUS@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor.
UP : Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat
Surat permohonan boleh juga dihantar kepada kami melalui email
email: pghpermatapintar@ukm.edu.my, dan salinan kepada hejim.pp@ukm.edu.my