Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Soalan-Soalan Lazim

  • KOLEJ PERMATA@Pintar NEGARA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1. Apakah syarat-syarat untuk belajar di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM perlu lulus Ujian UKM1 dan UKM2. Kemudian menyertai dan berjaya menamatkan Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) serta lulus ujian UKM3.

2. Di mana boleh saya dapatkan borang permohonan untuk memasuki Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Tiada borang permohonan. Hanya murid yang telah memenuhi syarat-syarat yang diterangkan pada soalan (1) di atas layak untuk dipilih belajar di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM.

3. Anak saya tidak sempat mengambil Ujian UKM1 pada bulan April lepas. Bolehkah dia mengambil ujian itu tahun depan?

Ya, boleh. Ujian ini dilaksanakan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Sila ke  http://ukm1.permatapintar.ukm.my untuk maklumat lanjut.

4. Adakah seseorang pelajar perlu mencapai had umur tertentu untuk mengambil ujian UKM1?

Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1.

5. Apakah bentuk kurikulum dan silibus di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

-Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya. Kurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).

-Kurikulum Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM dimampatkan supaya lebih banyak ilmu baharu dapat disampaikan. Hal ini seiring dengan keperluan kognitif pelajar pintar dan berbakat yang memerlukan kurikulum mencabar. Pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan; iaitu pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu, pecutan berdasarkan subjek, atau pecutan gred.

-Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM meletakkan lima komponen utama yang dinilai sebagai PNGK Bersepadu (Integrated CGPA) bagi melayakkan pelajar mendapat sijil “PERMATA@Pintar Junior Certificate” pada Asas 3 dan sijil “PERMATA@Pintar High School Diploma” pada Tahap 2.

-Pelajar-pelajar Asas 1 sehingga Asas 3 akan mempelajari silibus daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar-pelajar Tahap 1 dan 2 akan mempelajari silibus yang setara dengan STPM. Justeru, pemilihan pelajar yang akan menyambung pengajian di Kolej GENIUS@Pintar, UKM mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi atas dasar penyesuaian ilmu yang agak berat di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM.

6. Berapakah yuran pengajian di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Pada masa kini, yuran pengajian adalah sekitar harga *RM1900- RM2500 untuk seorang pelajar untuk tempoh satu tahun [*bergantung kepada perubahan semasa]

7. Adakah PUSAT PERMATA@Pintar Negara, UKM menerima lawatan?

Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM sedia menerima lawatan dari pelbagai pihak, termasuk sekolah. Walau bagaimana pun untuk mengelakkan gangguan kepada sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di PUSAT GENIUS@Pintar, pihak kami mohon supaya permohonan lawatan dibuat sekurang-kurangnya TIGA BULAN sebelum tarikh lawatan. Sekiranya terdapat terlalu banyak lawatan pada satu-satu masa, pihak kami mungkin terpaksa menangguhkan lawatan pihak tertentu ke satu tarikh yang lain. Permohonan untuk lawatan perlu diajukan kepada;

Pengarah,
Pusat PERMATA@Pintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.

  • Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)

1.Bilakah Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dijalankan ?

Dianggarkan waktu/tempoh PPCS ialah sekitar Nov-Dis (anggaran masa – 3 Minggu) setiap tahun. Biasanya PPCS dijalankan pada waktu cuti persekolahan.

Tempat: Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM & Kolej PERMATA@Pintar Negara, Kampus Seremban

2. Bilakah tarikh ujian UKM2 diumumkan dan tarikh ujian bermula?

Pengumuman: Biasanya keputusan boleh disemak sekitar Julai* setiap tahun (boleh semak di laman web ini —> http://semak.geniuspintar.ukm.my/). Surat juga akan dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk dimaklumkan kepada sekolah. Sila kemaskini maklumat jika berlaku sebarang perubahan di http://pelajar.permatapintar.ukm.my/

Ujian UKM2 dijalankan: Sepanjang (Julai hingga September)* tiap-tiap tahun di pusat-pusat ujian secara terkawal seluruh negeri.

*Tertakluk pada perubahan 

3. Bilakah tarikh pengumuman sama ada berjaya atau tidak untuk menyertai PPCS akan diumumkan?

Pada minggu kedua bulan Oktober* (tertakluk kepada perubahan) setiap tahun. Diumumkan melalui laman web dan surat tawaran akan diposkan ke alamat yang pelajar telah daftarkan semasa ujian UKM1. Sila kemaskini maklumat, sekiranya berubah, melalui; http://pelajar.permatapintar.ukm.my/

4. Bagaimana saya mengetahui anak saya dapat masuk ke Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Pengumuman akan dibuat melalui sistem atau website Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM. Senarai nama yang terpilih akan diwar-warkan sekitar hujung bulan 12 (Tertakluk kepada perubahan)

Add Your Heading Text Here