Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Tentang PERMATA@Pintar

PENGENALAN

Dalam usaha memenuhi keperluan pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat, kerajaan Malaysia telah membangunkan satu program khusus dikenali sebagai Program PERMATA@Pintar Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diberi mandat untuk membangun, melaksana dan memantau program ini yang telah dilancarkan pada 3 April 2009. Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM merupakan satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka.

Pusat ini mempunyai empat (4) program utama iaitu Program Pencarian dan Pengurusan Bakat, Program Pengayaan, Kolej PERMATA@Pintar Negara dan Program ASASIpintar UKM (Program pra- universiti). Suasana kondusif di pusat ini sangat sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif bagi pelajar pintar dan berbakat. Pelbagai kaedah pengajaran digunakan seperti Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (IBL), Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), tutorial, Pembelajaran Koperatif dan kuliah dalam kumpulan kecil, bagi membolehkan pelajar mendapat perhatian terus dari tenaga pengajar.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI

Untuk memupuk individu pintar dan berbakat dengan minda ingin tahu untuk menyumbang sebagai pemimpin dunia, pemikir dan pencipta masa depan yang menghayati nilai-nilai kemanusiaan.

MISI

Untuk menjadi pelopor dalam menginspirasikan pendidikan STEM dan penyelidikan kepada pelajar pintar dan berbakat.

MOTO

Teroka, Cipta, Bitara.

NILAI

Nilai-nilai berikut, yang  dikongsi bersama oleh setiap warga kerja,  merupakan tulang belakang semua aktiviti yang dijalankan di pusat ini.

Passionate (bersemangat dan mempunyai iltizam yang tinggi)

Inspirational (menjadi sumber inspirasi kepada yang lain)

Nurturing (sentiasa memberi panduan, bantuan dan tunjuk ajar)

Teamwork (kerja berpasukan, tidak mementingkan diri sendiri)

Awareness (peka terhadap alam sekeliling)

Respectful & Responsible (sentiasa hormat menghormati dan bertanggugjawab)