Persidangan Kebangsaan Sarjana Muda

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Matlamat PERSADA

Selain daripada mahasiswa/i  yang kreatif dan inovatif dalam menyesuaikan akan  perkembangan  ilmu yang pesat dengan kemodenan teknologi kecerdasan buatan, ia juga dapat melahirkan  mahasiswa/i yang cerdas, cekap, berfikiran kritis dan berperwatakan holistik dan juga berpendirian teguh dengan jati diri watan, justeru melahirkan lepasan graduan yang menjadi contoh tauladan bangsa yang berbakti dan berkualiti serta menjadi aset dan legasi demi perkembangan kemakmuran negara.

Objektif PERSADA

  1. Mewujudkan  suatu budaya persidangan  sebagai pentas permulaan yang     bermutu tinggi bagi para mahasiswa/i menyuarakan penemuan ilmiah  serta mempertahankan penyelidikan masing-masing berdasarkan isu yang telah dikelolakan.
  2. Menyerlahkan potensi bakat terpendam dan menggilap idea-idea baharu supaya dapat diperhalusi dan dikembangkan lagi yang ada pada diri mahasiswa/i yang boleh dikemukakan untuk menaikkan lagi darjat martabat fakulti.
  3. Melahirkan mahasiswa/i yang memegang mentaliti teguh jati diri kebangsaan yang selari dengan dasar negara dengan memupuk sikap cinta akan ilmu yang tidak lokek dalam diri demi menyemai benih bakti.
  4. Menjalinkan hubungan yang baharu dan segar yang dibentuk atas dasar ilmu dalam kalangan mahasiswa/i ke arah  lebih proaktif dan efektif selain  bertukar  pandangan yang  unik dan kritis yang dapat mengembangkan lagi dimensi pemikiran.