Tema PERSADA 2025
“RANGKAIAN INOVASI, REALISASI SEJAGAT”
Tema ini dipilih bagi menitikberatkan potensi inovatif dan kreatif dalam kalangan pelajar pada peringkat sejagat dan menyeluruh yang selari dengan perkembangan pesat terkini agar matlamatnya dapat disumbangkan kepada fakulti, universiti dan seterusnya masyarakat.
Tema ini merupakan lambang murni UKM terhadap nilai tinggi ilmu yang bersifat sentiasa melengkapi dan bersesuaian sejajar dengan modenisasi global terkini. Matlamat merealisasikan sebuah idea merentasi lautan dan benua ini selaras dengan visi tulus UKM yang melahirkan legasi berkualiti waris masa hadapan negara mahupun dunia.
Sehubungan itu, PERSADA 2023 turut menerima kertas kerja dan poster berkaitan sub-sub tema berikut;
a. Alam Sekitar dan Pembangunan
b. Sains, Teknologi dan Perubatan
c. Ekonomi dan Perniagaan
d. Antropologi, Sosiologi, Psikologi, Kerja Sosial dan Kesejahteraan Insan
e. Media dan Komunikasi
f. Tamadun, Sejarah, Politik, Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa
g. Sastera, Seni, Budaya dan Agama
h. Pendidikan, Bahasa dan Linguistik