-
Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2016
Date: 19/09/2016 - 20/09/2016
Venue: Royal Asiatic Society, London
Introduction
Pengantarabangsaan Pengajian Melayu merupakan salah satu daripada Indeks Pengukuran Pencapaian (KPI) Pusat-Pusat Pengajian Melayu di Malaysia. Sejajar itu, beberapa buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai fakulti atau jabatan pengajian Melayu telah memulakan inisiatif dengan menganjurkan secara bersama Persidangan Pengajian Melayu peringkat Antarabangsa di beberapa lokasi seluruh dunia.
Antaranya adalah persidangan berikut :- 11.11.2010 Universiti Sains Malaysia dan Goethe Universitat, Frankfurt
- 25.10.2014 Universiti Malaya dan Beijing Foreign Study University
- 05.06.2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Goethe Universitat, Frankfurt
Justeru, Institut Alam dan tamadun Melayu dengan kerjasama beberapa agensi dan dalam dan luar negara berhasrat untuk menganjurkan persidangan Pengajian Melayu Antarabangsa di luar negara. Seminar ini akan mengumpulkan sarjana dan para intelek
Melayu dalam satu sidang untuk mereka bertukar pendapat dan menyampaikan hasil penyelidikan dan pemikiran mereka berdasarkan hipotesis atau teori baru.
Persidangan ini dijangka dapat menarik perhatian banyak pihak dalam negara dan luar negara antaranya Jerman, England, Belanda, Itali, negara Asean antaranya Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina. Persidangan ini juga memberi ruang khas kepada kertas kerja pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa Asing yang akan diwakili oleh tenaga pengajar bahasa Melayu di peringkat dunia.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Kerajaan dalam hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan.
Tema
Penyelidikan dan Pelestarian Pengajian Alam Melayu
Sub tema :
- Bahasa dan Kesusasteraan
- Sains Teknologi, Kesihatan & Perubatan
- Peradaban Islam
- Pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa Asing
- Sejarah, Budaya & Warisan Alam Melayu
Muat turun brosur: Brosur Persidangan
Speakers
Organiser
Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA UKM
Dewan Bahasa dan Pustaka
Department of South East Asia, SOAS, University of London -
Maklumat Terkini
Aturcara
Muat turun Auturcara: Atur Cara PAM2016
Sesi Pembentangan
Muat turun sususan sesi pembentangan : Susunan Sesi Pembentangan
-
Tarikh Penting
Tarikh Persidangan : 19 – 20 September 2016
Bahasa Perantara : Bahasa Melayu
Tarikh akhir penghantaran abstrak : 30 Mac 2016 – Telah Tamat
Pemakluman penerimaan abstrak : 15 April 2016 – Telah Dimaklumkan
Penyerahan semula borang pengesahan penyertaan persidangan kepada urusetia : 30 April 2016
Melunas yuran persidangan: Pada atau sebelum 1 Jun 2016
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh : 30 Jun 2016
* Tempat adalah terhad, oleh sebab itu abstrak yang diterima akan dinilai dan dipilih sebelum diterima untuk dibentangkan
* Pembentang yang gagal mematuhi tarikh diatas dianggap tidak berminat dan digugurkan daripada persidangan
* Pihak urusetia berhak untuk menolak abstrak yang tidak menetapi tema persidangan @ sebab-sebab lain
* Segala keputusan urusetia adalah muktamad -
Yuran & Pembayaran
Yuran pembentang & peserta: –
RM 1,200.00 (Pembentang dari Malaysia)
RM 1,500.00 (Pembentang dari Luar Negara)** Bayaran hanya boleh dilakukan setelah kertas kerja penuh diterima
** Tarikh Akhir pembayaran yuran persidangan : 1 Jun 2016
** Setiap yuran persidangan dicaj kepada setiap penulis yang menghadiri persidanganTerma dan Syarat
- Pendaftaran hanya sah dengan penerimaan kertas kerja penuh dan bukti bayaran melalui faks atau e-mel
- Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan program jika perlu
- Pembatalan dan pemulangan yuran tidak dibenarkan
Kaedah Pembayaran:
Cara 1 : Perbankan Internet, Pindahan perlu dibuat ke akaun berikut :
Nama Akaun : BENDAHARI UKM
No Akaun : 8002234307
Nama Bank : CIMB Islamic
*Sila emel bukti pembayaran kepada sekretariat di alamat emel: Jawatankuasa Kertas kerja/ ProsidingCara 2 : Pindahan Telegrafik
Pindahan perlu dibuat ke akaun berikut:
Nama Akaun : BENDAHARI UKM
No Akaun : 8002234307
Alamat Bank : CIMB BERHAD CAWANGAN UNIKEB, Lot 1.04 & 1.05, Level 1 Wisma UNIKEB, UKM 43600 UKM, Bangi Selangor
Kod Swift : CIBB MYKL
*Sila emel bukti pembayaran kepada secretariat di alamat emel: Jawatankuasa Kertas kerja/ ProsidingCara 3 : Cek
Cek perlu dibuat atas nama : BENDAHARI UKM
Cek perlu sampai sebelum /pada tarikh akhir penyerahan kertas kerja.Cara 4 : Tunai
Bayaran tunai perlu dilakukan sebelum/pada hari penyerahan kertas kerja di ATMA.** Urusniaga melalui pesanan rasmi tidak dibenarkan
** Sebarang pembayaran yuran pada hari persidangan tidak akan diterima -
Garis Panduan Penulisan
Biodata:
- 50 Patah perkataan
Abstrak:
- 250 patah perkataan.
- Maksima 5 kata kunci.
- Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.
Kertas Kerja Penuh:
- 5,000 patah perkataan.
- Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.5.
-
Peta dan Lokasi
ROYAL ASIATIC SOCIETY
14 STEPHENSON WAY
LONDON NW1 2HDWe are situated very near Euston Station, Euston Square and Warren Street Tube Stations.
From Warren Street the easiest way to approach is from North Gower Street and we are located in a cobbled road at no.14, the walk will take about 5 mins. Please ring the doorbell and someone will be down to open it. From Euston it is also a short distance and Stephenson Way can be accessed from Euston Street which leads off Melton Street.Panduan arah lengkap: Muat Turun
-
Penginapan
Peserta sangat digalakkan untuk menginap di Grand Plaza Serviced Apartments yang terletak di Princes Square, London. Ia adalah apartment yang diuruskan oleh Felda Global Ventures Holdings, Malaysia. Kemudahan yang boleh didapati:
- Kedudukan yang strategik (ditengah bandar)
- 20 Minit ke School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
- Makanan halal oleh Chef dari Malaysia
- ATM Maybank disediakan dengan tukaran matawang tanpa caj
Maklumat lanjut mengenai Grand Plaza Serviced Apartments boleh layari : http://www.grand-plaza.co.uk/
-
Gallery