ASBAM 5

  • ASBAM 5

    Date: 07/26/2016  -  07/28/2016
    Venue: Hotel Condotel Makassar, Indonesia


    Introduction

     

    Seminar Antarabangsa Ke-5 Arkeologi, Sejarah dan Budaya ini merupakan seminar yang diadakan untuk kali kelima dan tujuan utama adalah untuk mengumpulkan hasil penyelidikan terkini berkaitan bidang arkeologi, sejarah dan budaya di Alam Melayu yang dikirkan amat penting untuk diwacanakan di peringkat antarabangsa.

    Seminar ini akan mengumpulkan sarjana dan juga pelajar pasca siswazah dalam satu sidang untuk mereka bertukar pendapat dan menyampaikan hasil penyelidikan serta pemikiran mereka berdasarkan hipotesis atau teori baru. Seminar ini dijangka dapat menarik perhatian pelbagai pihak dalam negara. Antaranya adalah kalangan akademik yang terdiri daripada sarjana dan mahasiswa/i, kakitangan kerajaan terutamanya yang terlibat dengan aktiviti permuziuman dan warisan, pencinta sejarah dan orang awam yang berminat.

     

    Tema

    1. Bahasa, Linguistik & Kesusasteraan
    2. Arkeologi, Kebudayaan & Warisan
    3. Falsafah, Kesenian & Teknologi
    4. Alam Sekitar, Ekologi & Masyarakat
    5. Sejarah, Politik & Hubungan Antarabangsa

     

    Tujuan Persidangan

    • Menemukan para penyelidik yang terlibat dalam arkeologi, sejarah dan budaya di peringkat antarabangsa
    • Memperoleh pelbagai data baru dalam bidang arkeologi, sejarah dan budaya terutamanya mengenai kajian di Alam Melayu
    • Memperkukuhkan jaringan penyelidikan dalam bidang tersebut terutamanya dengan para sarjana dari luar negara.
    • Memperkukuhkan bidang sains kemanusiaan dengan penglibatan daripada bidang sains tulen terutamanya kepada mereka yang terlibat dengan kajian arkeologi
    • Mengangkat bidang arkeometri sebagai satu bidang baru di Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Melestarikan warisan budaya dan warisan semula jadi Malaysia

     

    Kadar Bayaran:

    Pembentang/ Poster: RM 400.00
    Peserta: RM 300.00

    Brosur: Brosur ASBAM5


    Speakers

    • ASBAM 5


    Organiser

    Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia
    Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM
    Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

  • Tarikh Penting

    Tarikh Seminar :           26 – 28 Julai 2016 (Selasa -Khamis)


    Tarikh akhir penghantaran Abstrak : 30 April 2016
    Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh dan pembayaran yuran persidangan : 17 Jun 2016


    * Tempat adalah terhad, oleh sebab itu abstrak yang diterima akan dinilai dan dipilih sebelum diterima untuk dibentangkan
    * Pihak urusetia berhak untuk menolak abstrak yang tidak menetapi tema persidangan @ sebab-sebab lain
    * Segala keputusan urusetia adalah muktamad

  • Maklumat Urusetia

    Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
    Urusetia
    Seminar Antarabangsa Ke-5,
    Arkeologi, Sejarah & Budaya di Alam Melayu
    Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA
    Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
    43600 Bangi, Selangor

    Tel: 603-8921 5280 / 5131
    Faks: 603-8925 4698
    Email: ziskandar@ukm.edu.my; asbam.atma@gmail.com

  • Garis Panduan Penulisan

    Biodata: 

    • 50 Patah perkataan

    Abstrak:

    • 250 patah perkataan.
    • Maksima 5 kata kunci.
    • Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.

    Kertas Kerja Penuh:

    • 5,000 patah perkataan.
    • Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.5.
  • Gallery