ASBAM 8

  • ASBAM 8

    Date:   - 
    Venue: Ancasa Residences, Port Dickson, Malaysia.


    Introduction

    Seminar Antarabangsa Ke-8 Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Budaya ini merupakan seminar yang diadakan untuk kali kelapan dan tujuan utama adalah untuk mengumpulkan hasil penyelidikan terkini berkaitan bidang arkeologi, sejarah dan budaya di Alam Melayu yang difikirkan amat penting untuk diwacanakan di peringkat antarabangsa.

    Seminar ini akan mengumpulkan sarjana dan juga pelajar pasca siswazah dalam satu sidang untuk mereka bertukar pendapat dan menyampaikan hasil penyelidikan serta pemikiran mereka berdasarkan hipotesis atau teori baru. Seminar ini dijangka dapat menarik perhatian pelbagai pihak dalam negara.

    Tema:

    1. Bahasa, Linguistik & Kesusasteraan
    2. Arkeologi, Kebudayaan & Warisan
    3. Falsafah, Kesenian & Teknologi
    4. Alam Sekitar, Ekologi & Masyarakat
    5. Sejarah, Politik & Hubungan Antarabangsa

     

    Tujuan Persidangan

    • Menemukan para penyelidik yang terlibat dalam arkeologi, sejarah dan budaya di peringkat antarabangsa
    • Memperoleh pelbagai data baru dalam bidang arkeologi, sejarah dan budaya terutamanya mengenai kajian di Alam Melayu
    • Memperkukuhkan jaringan penyelidikan dalam bidang tersebut terutamanya dengan para sarjana dari luar negara.
    • Memperkukuhkan bidang sains kemanusiaan dengan penglibatan daripada bidang sains tulen terutamanya kepada mereka yang terlibat dengan kajian arkeologi
    • Mengangkat bidang arkeometri sebagai satu bidang baru di Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Melestarikan warisan budaya dan warisan semula jadi Malaysia

     

    Untuk makluamat lanjut boleh hubungi urus setia persidangan:
    Tel: 038921 5280
    e-mel: asbam.atma@gmail.com


    Speakers

    • Prof. Dr. Akin Duli

    • Dr. Kathryn Wellen


    Organiser

    Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),UKM
    Lembaga Muzium Negeri Sembilan,
    Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia,
    Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia

  • Tarikh Penting

    Tarikh Persidangan   :           27-28 Julai 2019

    Bahasa Perantara       :         Bahasa Melayu


    Tarikh Akhir Serahan Abstrak: 30 Mei 2019

    Tarikh Akhir  Yuran & Kertas Kerja Penuh: 30 Jun 2019

     

    * Tempat adalah terhad, oleh sebab itu abstrak yang diterima akan dinilai dan dipilih sebelum diterima untuk dibentangkan
    * Pembentang yang gagal mematuhi tarikh diatas dianggap tidak berminat dan digugurkan daripada persidangan
    * Pihak urusetia berhak untuk menolak abstrak yang tidak menetapi tema persidangan @ sebab-sebab lain
    * Segala keputusan urusetia adalah muktamad

  • Yuran

    Kadar Bayaran:

    • RM 400.00 /Tanpa bilik
    • RM 650.00 /Bilik berdua
    • RM 850.00/ Bilik Seorang
    • Yuran Peserta: RM 250.00

     

    Terma dan Syarat

    1. Pendaftaran hanya sah dengan penerimaan kertas kerja penuh dengan bukti bayaran
    2. Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan program jika perlu
    3. Pembatalan dan pemulangan yuran tidak dibenarkan
  • Garis Panduan Penulisan

    Biodata: 

    • 50 Patah perkataan

    Abstrak:

    • 250 patah perkataan.
    • Maksima 5 kata kunci.
    • Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.

    Kertas Kerja Penuh:

    • 5,000 patah perkataan.
    • Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.5.
  • Poster

  • Kertas Kerja

  • Gallery