-
Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu (PAPAM) 2020
Date: 18/02/2020 - 19/02/2020
Venue: Universiti Feng Chia, Taichung, Taiwan
Introduction
Setelah berjaya menganjurkan Persidangan Pengajian Alam Melayu dengan kerjasama pelbagai pihak buat kali pertama di SOAS, London pada tahun 2016, Institut Alam dan Tamadun Melayu sekali lagi ingin mengundang peserta dari seluruh pelosok dunia untuk menghadiri persidangan yang akan diadakan di Taichung, Taiwan ini. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu kali ke-2 ini diharapkan dapat menyatukan dan menghimpunkan seramai mungkin sarjana/ pakar/ ilmuwan bidang alam Melayu merentas dunia ke Taiwan sambil menyatakan kesepaduan nada dalam mengekspresikan perjuangan, harapan dan penyelesaian isu yang terkait kemapanan/kelestarian negara bangsa.
Penganjuran persidangan ini selari dengan geran penyelidikan MRUN International dan MoU yang telah ditandatangani, khususnya oleh UKM dan universiti-universiti di Taiwan. Penganjuran persidangan ini juga merupakan susulan daripada beberapa program anjuran bersama UKM & FCU (Feng Chia University) yang telah menarik minat warga Taiwan, khususnya di sekitar FCU yang berpusat di Taichung, Taiwan untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia Melayu, khususnya tentang masyarakat, budaya, bahasa, dan kepercayaan.
Justeru, ahli akademik, pengamal, penggiat, penyelidik, pembuat dasar, barisan pemimpin, wartawan, pelajar dan ahli dari badan bukan kerajaan dialu-alukan untuk berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman yang pelbagai dan unik. Medan ini menawarkan peluang dialog, perdebatan, perbahasan dan penyelesaian isu-isu negara bangsa, umumnya dan merentas Alam Melayu ke Taiwan, khususnya. Kelestarian Negara Bangsa dalam persidangan ini meliputi sempadan geografi Kepulauan Melayu hingga ke Taiwan.
Tema
"Kelestarian Negara Bangsa: Dari Dunia Melayu Ke Taiwan”
Sub tema :
- Agama, Kepercayaan dan Jati Diri
- Alam Bina & Landskap
- Bahasa dan Sastera
- Gastronomi
- Kearifan Tempatan
- Kepimpinan dan Politik
- Manuskrip
- Pendidikan
- Perundangan dan Hubungan Diplomatik
- Sejarah dan Arkeologi
- Seni dan Budaya
- Sosial, Ekonomi dan Pengagihan Kekayaan
Brosur persidangan:
Muat Turun Brosur Bahasa Melayu
Download English Brochure
Speakers
Organiser
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Feng Chia
URUS SETIA
Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2020
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 UKM, Bangi Selangor.
Tel: 603-8921 3557/ 5254/ 5285
Faks: 603-8925 4698
E-mel : papam.ukm@gmail.com -
Tarikh Penting
Tarikh Persidangan : 18 – 19 Februari 2020
Bahasa Perantara:
Penutur Natif: Bahasa Melayu
Bukan Penutur Natif: Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu (digalakkan)
Tarikh akhir penghantaran abstrak : 15 November 2019
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh & Pembayaran yuran persidangan : 15 Januari 2020
* Tempat adalah terhad, oleh sebab itu abstrak yang diterima akan dinilai dan dipilih sebelum diterima untuk dibentangkan
* Pembentang yang gagal mematuhi tarikh diatas dianggap tidak berminat dan digugurkan daripada persidangan
* Pihak urusetia berhak untuk menolak abstrak yang tidak menetapi tema persidangan @ sebab-sebab lain
* Segala keputusan urusetia adalah muktamad -
Yuran & Pembayaran
RM 800.00 (Pembentang dari Malaysia)
RM 1,000.00 (Pembentang dari Luar Negara)*Tarikh akhir pembayaran yuran persidangan : 15 Januari 2020
*Setiap yuran persidangan dicaj kepada setiap penulis yang
menghadiri persidangan
Kaedah Pembayaran:
1 : Perbankan Internet, Pindahan perlu dibuat ke akaun berikut :
Nama Akaun : BENDAHARI UKM
No Akaun : 8002234307
Nama Bank : CIMB Islamic
*Sila e-melkan bukti pembayaran kepada urus setia di alamat: papam.ukm@gmail.com2 : Tunai
Bayaran tunai perlu dibuat sebelum/pada 15 Januari 2020 di ATMA.** Urus niaga melalui pesanan rasmi tidak dibenarkan
** Sebarang pembayaran yuran pada hari persidangan tidak
akan diterima
Terma dan Syarat
*Pendaftaran hanya sah dengan penerimaan kertas kerja penuh dan bukti bayaran melalui faks atau e-mel
*Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan
program jika perlu
*Pembatalan dan pemulangan yuran tidak dibenarkan -
Pendaftaran
-
Garis Panduan Penulisan
Biodata:
- 50 Patah perkataan
Abstrak:
- 250 patah perkataan.
- Maksima 5 kata kunci.
- Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.
Kertas Kerja Penuh:
- 5,000 patah perkataan.
- Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.5.
-
Gallery