PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Lawatan penanda aras Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Pusat Perumahan Pelajar UKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Rombongan UMK diketuai oleh Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi, Dr. Azira Hanani Binti Ab Rahman Dan Dr. Noor Hafizoh Binti Saidan serta pelajar-pelajar daripada UMK seramai 55 orang pelajar.

Lawatan pihak UMK disambut baik oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, En Mohd Firdaus Yahaya dan Ketua Pentadbiran PPP, Encik Danny Hamidon Omar menyantun rombongan daripada UMK dengan memberi taklimat dan penerangan mengenai organisasi dan jabatan, lawatan ke kolej kediaman serta bangunan pejabat perhubungan alumni.

Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara pengurusan residen/ perumahan universiti, amalan terbaik dalam pengurusan perumahan universiti dan lain lain kerjasama akan datang. Lawatan ini telah berjalan dengan jayanya dan kami dari pihak PPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah menjayakan lawatan penanda aras ini.

#ppp

#pppukm

#pusatperumahanpelajarukm

#universitiwatankita